Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Juara Imam Muda Musim Pertama Julai 2010

Sabtu, Julai 31, 2010

KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.
Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.
Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.
Beliau mengenepikan pencabar terdekatnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi.
Selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadiah turut merangkumi tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000.
Hadiah lain termasuklah pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.
Hizbur Rahman pula membawa pulang hadiah pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Saudi Arabia, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.
Hadiah lain termasuklah sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi di samping trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jawi.
Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Peserta Imam Muda dipandu oleh pengetua, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

sumber:utusan

Hadiah lebih kurang sama jer, tapi yang bezanya jumlah RM..
Tapi aku suka program cam nie daripada program nyanyi yang tah apa2 tue..tak bermakna langsung..

Ada kubur di atas kubah masjid nabawi

Khamis, Julai 29, 2010


Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !



ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk mula menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Waspada kegiatan curi e-identiti

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai e-mel mengenai LHDN yang meragukan kerana ia mungkin jerat penjenayah Internet.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap percubaan kumpulan tertentu mencuri e-identiti (phishing) dengan mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam) kononnya daripada LHDN yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.

Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya.

"Jika arahan ini diikuti, orang ramai tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka," kata kenyataan itu yang memberi gambaran ringkas tentang modus operandi percubaan mencuri e-identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, MCMC mencadangkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan browser laman web terkini dengan penyaring e-mel phishing tersedia bina.

Selain itu, mereka juga tidak perlu mudah mempercayai e-mel yang mengumumkan kejayaan memenangi hadiah wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan di Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai e-mel palsu tersebut pada 21 Julai lalu dan siasatan terhadap perkara itu sedang dilakukan.

"LHDN menerima laporan mengenai aduan tersebut dari 37 cawangan LHDN di seluruh negara dan kami dapati e-mel tersebut sememangnya mempunyai unsur jenayah iaitu mencuri identiti serta maklumat akaun individu lain.

"Ini kerana LHDN tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau pemberitahuan kepada pembayar cukai melalui e-mel. LHDN hanya menghantar surat rasmi kepada pembayar cukai berdaftar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber: kosmo.com.my

Remy tidak berhubung dengan Maya

Ahad, Julai 25, 2010

BUKAN sahaja kerana bakat serta tuah mempopularkan aktor Remy Ishak, bahkan gosip hubungan rapatnya dengan aktres jelita Maya Karin turut menjadi bualan.

Justeru, apabila aktres itu sah bercerai dengan suaminya pada 16 Julai lalu, gosip antara Remy dan Maya kembali hangat.

Bertemu dengan Remy baru-baru ini di lokasi penggambaran filem Nur Kasih di Kampung Gulang Gulang, Tanjung Karang, Selangor, Remy tidak mahu gosip itu dipanjangkan.

Malah, Remy juga menegaskan meskipun Maya telah bercerai hubungannya dengan Maya masih kekal sebagai rakan tidak lebih daripada itu, malah, sejak itu mereka tidak berjumpa atau berhubung melalui telefon kerana terlalu sibuk.

"Saya tidak hubungi atau jumpa dengan dia selepas dia bercerai. Sebelum ini kami rapat sebab terlibat dengan produksi yang sama tetapi sekarang saya sibuk dengan kerja saya dan tidak ada masa nak ambil tahu hal orang lain.

"Kalau tengok jadual saya, sebelum ini tiga bulan saya terperap dalam hutan kerana penggambaran drama Arjuna, sekarang sibuk dengan filem Nur Kasih pula," katanya yang bekerja dengan Maya dalam filem Cun, Anak Halal dan teater Natrah.

Tambah Remy, cukup-cukuplah gosip yang mengaitkan mereka berdua sebelum ini kerana fokusnya kini hanya pada kerjaya sahaja.

"Sudah-sudahlah, saya tidak mahu komen mengenai kes penceraian Maya kerana saya tidak terlibat dalam urusan peribadi dia," akuinya sedih dengan gosip yang mengaitkan dirinya.

(REMY ISHAK memohon jasa baik khalayak agar menghentikan spekulasi kurang baik tentang hubungannya dengan Maya Karin. Mereka hanya sahabat dalam industri.)

Ditebak lagi, tidakkah Remy menghubungi Maya untuk memberi kata semangat tambahan pula mereka diuruskan oleh syarikat pengurusan yang sama iaitu Satu Entertainment.

"Memang kami tidak berjumpa langsung, walaupun berada di bawah pengurusan yang sama. Saya jarang ke pejabat pengurusan. Kalau berurusan pun melalui pengurus saya sahaja.

"Mengenai beri kata semangat itu, tidaklah. Sebabnya saya tidak lagi berhubung dengan dia. Saya tidak mahu komen panjang-panjang, hanya doa yang terbaik untuknya," tutur jejaka berkulit sawo matang itu lagi.

Jadi rebutan

Jika dibandingkan kejayaan dan populariti yang dimiliki aktor berusia 28 tahun itu dengan aktor seangkatan dengannya, langkah Remy dilihat lebih jauh dan lebih lincah.

Masa yang diambil untuk mengumpul kejayaan juga tidak lama. Tahun ini, genap empat tahun usia penglibatannya dalam industri seni.

Seiring dengan waktu ramai aktor senior dan penerbit meletakkan Remy di tangga teratas dalam senarai pilihan mereka sebagai pelapis baru hero filem dan televisyen tempatan.

Berwajah Melayu klasik, berbadan sasa dan penuh karisma antara ciri yang melayakkan Remy berada di tangga teratas populariti dan kualiti seseorang aktor.

Hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas pujian yang diberi, terpikul di bahunya satu beban yang cukup berat untuk ditanggung.

"Saya tidak tahu nak cakap macam mana kerana itu pilihan mereka bukan saya. Terima kasih banyak-banyak tetapi dalam pujian itu saya masih perlu banyak belajar supaya menjadi lebih baik.

"Rasa terbeban pun ada juga kerana apabila orang meletakkan harapan yang tinggi saya perlu memaksa diri supaya tidak gagal.

"Bagi saya ramai aktor yang lain juga bagus tetapi mungkin sudah rezeki saya sekarang ini, jadi bila peluang sudah diberikan saya harus gunakan sebaik mungkin," ucapnya dalam senyuman.


(REMY dan Fizz Fairuz turut terbabit dengan babak menunggang unta sewaktu penggambaran dijalankan di Jordan.)

Luah Remy lagi, kerana kehidupan yang sukar sebelum dia bergelar pelakon dan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung daripada empat adik-beradik membuatkannya bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.

"Sebelum jadi pelakon, saya bekerja sebagai pelayan di hotel. Gaji pun tidak besar mana, jadi apabila rezeki saya ada dalam dunia lakonan, saya ingin kumpul duit sebanyak mungkin untuk menanggung keluarga dan mengumpul aset untuk masa depan.

"Walaupun nak cari duit, saya tetap amalkan ambil satu kerja dalam satu-satu masa supaya tidak kelam-kabut," katanya jujur.

Larut dalam emosi Adam

Watak Adam yang dilakonkan dalam drama bersiri Nur Kasih benar-benar memberi impak yang cukup besar buat Remy dan watak-watak yang lain dalam drama itu seperti Fizz Fairuz sebagai Aidil, Sharifah Sofea (Katrina), Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Ayu Raudah (Alia) apabila ia ditonton sebanyak 4.3 juta penonton setiap minggu.

Kini, ramai yang menantikan filem Nur Kasih yang masih dalam pembikinan dan dijangka masuk pawagam sekitar Mac tahun hadapan.

Bercerita lanjut mengenai watak Adam dalam filem Nur Kasih, perasaan teruja mula dilontarkan Remy dan menyifatkan watak Adam antara watak yang banyak bermain dengan emosi.

"Cabarannya lebih besar dan konfliknya lebih rumit. Bab watak tiada beza kerana filem ini kesinambungan daripada drama, cuma apa yang boleh cakap penonton akan menangis bila menonton.

"Saya sendiri bila baca skrip pun sudah tersentuh, memang hasil tangan penulis skrip Mira Mustafa dan pengarah Kabir Bhatia cukup baik," katanya yang mengunci mulut mengenai jalan cerita dan pengakhiran filem Nur Kasih.

Disoal tentang cabaran, Remy menjelaskan penggambaran filem Nur Kasih selama 10 hari di Jordan benar-benar menguji daya ketahanan dirinya. Meskipun itu kali kedua dia berada di Jordan, bekerja di luar negara cukup berbeza dengan negara sendiri.

(KESUDAHAN cinta Nur Amina (Tiz Zaqyah) dengan Adam (Remy Ishak) masih enggan diumumkan.)

"Cuaca di sana panas terik tetapi angin sejuk, siangnya lebih lama tetapi bila malam kami menggigil kesejukkan. Ada krew yang sakit teruk sebab tidak biasa dengan cuaca.

"Bab makan pun saya tidak biasa jadi saya hanya banyak makan roti sahaja. Kulit kering dan bertambah gelap walaupun saya pakai losen pelindung matahari yang paling tinggi pelindungannya," katanya dalam tawa.

Gerhana Matahari ketika Piala Dunia

Rabu, Julai 14, 2010



HANGA ROA, Chile 12 Julai - Gerhana penuh matahari membayangi kawasan lingkaran sejauh 11,000 kilometer di selatan Pasifik semalam, menjerumuskan pulau-pulau terpencil ke dalam kegelapan dalam fenomena alam yang memuncak di Pulau Easter.

Langit menjadi gelap pada tengah hari apabila bulan lalu di hadapan matahari dan berada sebaris dengan bumi, menghalang cahaya matahari yang baru beberapa detik sebelum itu menyinari patung-patung batu purba di pulau yang merupakan wilayah khas Chile ini.

Tepukan gemuruh kedengaran daripada beribu-ribu peminat cakerawala yang mula berhimpun di ibu kota Pulau Easter ini untuk menyaksikan gerhana selama empat minit dan 41 saat itu.

"Suasana seperti berada di dalam stadium pada waktu malam dengan diterangi cahaya lampu atau seperti berada di dalam sebuah bilik gelap yang diterangi sebutir mentol 10 watt," kata seorang pegawai tempatan, Francisco Haoa.

Katanya, gerhana itu dapat disaksikan dengan jelas dalam keadaan langit cerah kerana awan beredar ditiup angin kencang.

Di Tahiti, di mana gerhana matahari itu mula kelihatan, kesannya begitu menakjubkan sehinggakan orang ramai yang sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia memalingkan pandangan dari skrin televisyen untuk mendongak ke langit.

Bermula pada 1815 GMT (pukul 2.15 pagi ini waktu Malaysia) apabila umbra atau bayangan menyelubungi kawasan kira-kira 700 kilometer ke tenggara Tonga, gerhana itu bergerak dalam satu lingkaran menghala ke timur dan membayangi Pulau Easter pada 2011 GMT (pukul 4.14 pagi waktu Malaysia).

Fenomena itu berakhir pada 2052 GMT (4.52 pagi waktu Malaysia) sejurus sebelum senja di Patagonia, setelah merentasi selatan Chile dan Argentina.

Kira-kira 4,000 pelancong, saintis, jurugambar, penerbit filem dan wartawan membanjiri Pulau Easter, sebuah tapak Warisan Dunia yang mempunyai keluasan hanya 160 kilometer persegi.

Pihak berkuasa Pulau Easter telah memperketatkan kawalan keselamatan terutamanya di tapak warisan penting, termasuk patung-patung batu besar berusia 3,000 tahun yang dikenali sebagai moai itu. - AFP

sumber..Utusan Malaysia

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma