Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Keputusan ke IPTA hari nie

Sabtu, Mei 01, 2010

KUALA LUMPUR – Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini.


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.


Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.


Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.


Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.


Sumber:kosmo!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma