Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Kenangan Tinggal Kenangan..

Isnin, Mei 24, 2010

DIPUJA dan diangkat sebagai Raja Pop Dunia, namun segala pengiktirafan dan sanjungan itu tidak bermakna lagi buat Michael Jackson, 51, yang sudah pergi meninggalkan jutaan peminatnya pada 25 Jun lalu.

Kehidupan yang dilaluinya penuh misteri sehinggalah ke akhir hayatnya menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak berpenghujung.

Pelbagai individu tampil memberi kenyataan dan cuba meleraikan setiap persoalan yang timbul di sebalik kematiannya namun tiada yang pasti.

Begitu juga dengan agama Michael, benarkan dia memeluk Islam dengan nama Mikaeel atau sebaliknya.

Dalam hal ini tiada yang berani mengaku pernah terbabit dalam pengislamannya melainkan abangnya Jermaine Jackson yang dalam ucapannya pernah mendoakan semoga Allah sentiasa bersamanya.

Kematian mengejut Michael membuatkan Walk of Fame, Hollywood menjadi tumpuan peminat untuk menyatakan kesedihan mereka.

UCLA Medical Centre, selain kediamannya di Holmby Hills, Apollo Theatre, New York dan Hitsville, Detroit yang menempatkan ibu pejabat Motown tempat Michael memulakan kerjaya nyanyiannya turut menjadi tumpuan.

Dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut menghantar ucapan takziah kepada keluarga Michael. Seluruh peminatnya di dunia meratap kematian ikon pop itu dan setiap peninggalannya menjadi koleksi yang sangat berharap.

Sebaik dunia mendapat tahu berita kematiannya, jualan cakera padat (CD) terus melonjak sehingga kehabisan stok dan lagunya menduduki carta teratas di United Kingdom.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Michael juga sehingga berakhirnya majlis peringatan di Staples Center, Los Angeles, yang menjadi lokasi acara itu Selasa lalu, tidak mengumumkan di mana Raja Pop itu disemadikan.

Lebih menarik majlis memperingati Jackson mencetuskan satu fenomena apabila 1.6 juta peminat mendaftar untuk menghadiri upacara di di Staples, tetapi hanya 8,750 yang terpilih.

Mereka juga perlu membayar tiket seolah-olah satu konsert kerana turut diserikan dengan persembahan.

Antara rakan karib dan insan terkenal yang hadir ialah Stevie Wonder, Mariah Carey, Usher, Lionel Richie, Kobe Bryant, Jennifer Hudson, John Mayer dan Martin Luther King III.

Sepanjang dua jam majlis penghormatan itu berlangsung, pelbagai suka-duka dialami bersama Michael diceritakan insan yang rapat dengannya.

Adik-beradiknya duduk berbaris bersama dengan memakai sarung tangan putih sebagai tanda ingatan mereka.

Acara dimulakan bacaan tribute mengenai penyanyi itu oleh penyanyi legenda muzik Motown, Smokey Robinson berlatarkan skrin besar dengan tulisan In Loving Memory of Michael Jackson King of Pop 1958 - 2009.

Persembahan artis juga menjadi tumpuan seperti Mariah menyampaikan lagu I'll Be There bersama Trey Loren, Lionel Ritchie (Jesus Love You), Usher (Gone To Soon), Stevie Wonder (Never Dreamed You'd Leave In Summer dan They Won't Go When I Go) dan Jennifer Hudson (Will You Be There).

Turut membuat persembahan, John Meyer, Shaheen Jafargholi (peserta Britain Got Talent) manakala Queen Latifah sampaikan puisi We Had Him.

Insan yang rapat dengannya hadir membuat ucapan istimewa termasuk Brooke Shield, abang-abangnya, Robbie, Randy, Tito, Marlon, Jackie dan Jermaine serta Janet, La Toya dan juga anak-anaknya, Paris Katherine Jackson, Prince Michael dan Prince Michael II.

Luahan Paris mengenai rasa cinta dan kasih pada ayahnya membuatkan suasana cukup sayu.

Paris juga menangis tersesak-esak sambil ditenangkan ibu saudaranya, Janet.

Detik itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen ke seluruh dunia dan bilangan penonton mencecah angka satu bilion.

Kematian Michael yang dikatakan akibat suntikan ubat penahan sakit berlebihan turut memberi kesan kepada keluarga mendiang Heath Ledger.

Pelakon The Brokeback Mountain itu juga meninggal kerana pengambilan dadah berlebihan.

Bapa aktor itu, Kim Ledger sangat terkejut apabila mendapat berita kematian Michael yang mengingatkannya semula kepada kematian Heath yang juga sangat tragis pada Januari 2008.

"Pada hari Michael meninggal, saya berbual dengan anak perempuan saya dan bekas isteri, Sally.

"Kami sangat sedih kerana punca kematian Michael seakan sama dengan Heath. Cuma beza kematian Michael dengan Heath kerana punca kematian anak lelaki saya itu disebabkan dirinya sendiri.

"Saya tak tahu kenapa Heath sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya dan kesan pemergiannya sangat kami rasai sehingga kini," katanya.

Seperti mana kematian Lady Diana yang terus disiasat punca kemalangan yang menimpa dengan kekasihnya, Dodi Al Fayed biarpun sudah lebih 10 tahun beliau meninggal, perkara sama akan terjadi pada Michael.

Pelbagai pihak akan terus menyiasat punca kematiannya. Hanya Michael yang tahu rahsia hidupnya di mana kebanyakan rakan karibnya mengetahui Michael sering kesunyian biarpun keliling kemewahan, perhatian dan sanjungan.

Meskipun hidup Michael sudah bernoktah, tetapi banyak persoalan dan masalah baru akan muncul termasuk hak penjagaan tiga anaknya.

Terbaru, dalam laman web Hollywood.com menyenaraikan 50 perkara yang hanya Michael boleh menjawabnya. Tetapi dia sudah pergi bersama semua kisah hidup yang penuh suka duka. Segala apa yang dunia ingin tahu sudah terkubur bersama jasadnya.

Malah, Michael juga sudah tiada untuk membela diri dan menyatakan kebenaran kepada dunia atas semua persoalan mengenai dirinya sepanjang 50 tahun hayatnya.

Antara 50 perkara yang menjadi tanda tanya

1. Benarkah dia mengambil sejenis ubat penahan sakit yang dikenali zoloft, xanaz dan demerol yang dikatakan punca kematiannya?

2. Adakah Michael selalu menggunakan dadah untuk mententeramkan dirinya, terlalu percayakan doktor peribadi yang dikatakan dapat memberi rawatan dan ubat terbaik kepadanya dan benarkah dia penagih ubat penahan sakit yang tegar?

3. Benarkah dia pernah menjalani 50 pembedahan plastik kerana menganggap rupa asalnya sangat hodoh, mewarnakan kulitnya menjadi putih, menderita sakit belakang dan seorang yang menanggung kekecewaan teramat sangat?

4. Pernahkah dia mengadakan seks dengan Brooke Shields?

5. Benarkah Michael mencintai Lisa Marie Presley dan Debbie Rowe serta bayinya (yang berkemungkinan anak bongsunya Blanket) yang dijulangnya di tepi tingkap hotel?

6. Benarkah dia menamakan dua anaknya Prince dan Paris kerana mengagumi dua insan terkenal itu? Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Michael yang begitu menyanjungi dan meminati Diana Ross, sanggup membuat pembedahan plastik sehingga wajahnya hampir menyerupai penyanyi veteran itu.

7. Adakah Michael disayangi adik-beradiknya yang lain?

8. Benarkah dia sangat mementingkan kesempurnaan dan Michael juga dikatakan memasukkan sejenis alat pada dagunya untuk kelihatan maskulin? Dia juga pernah tidur dalam kamar oksigen yang dipercayai dapat memanjangkan jangka hayatnya.

9. Spekulasi mengenai keanehan Michael mengatakan dia makhluk asing dari planet Marikh, berkongsi tandas dengan cimpanzi kesayanganya, Bubbles, menderita akibat anorexia, makan ayam hidup-hidup dan menari di tengah malam pada setiap malam.

10. Benarkah Michael seorang vegetarian, artis Barat pertama dapat muncul dalam iklan komersial untuk televisyen Russia, melamar Lisa Marie menerusi telefon dan meliwat remaja lelaki, Jordan Chandler, 13?

Kenapa Melayu Suka Menangguh Kerja?(Bersikap Tangguh)

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1)Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2)Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3)Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4)Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5)Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh.

Cara Untuk Mengatasinya?

Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1)Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak.
Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2)Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3)Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4)Cari cara untuk ingatkan kita. Cth. Jam loceng, komputer, digital organizer dll.

5)Sediakan segala keperluan lebih awal. Cth. Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6)Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7)Tukar carafikir atau ‘mindset’ kita.

8)Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9)Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia.
Contoh:

  • TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna.
  • Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek.
  • Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik


10)Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11)Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12)Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13)Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Ainina Ahmad B kena Bedah

Sabtu, Mei 22, 2010

PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.

Ia sesuai dengan penampilannya yang cukup anggun sebagai wanita Melayu beradab.

Lebih daripada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Ahmad B ini mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung awal 2002 selepas berniat sembuh daripada penyakit misteri pada 1999.

Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan Jumaat lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Ainina yang kurang muncul menerusi kaca televisyen kerana lebih menumpukan kepada kerja alih suara di belakang tabir, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kira-kira tiga minggu lalu selepas mengadu cepat penat dan kurang sihat.

Ibu kepada seorang anak, Nur Arieana Rahmat, 7, ini menjalani pemeriksaan di hospital itu sebelum dirujuk kepada IJN selepas hampir lima tahun mengalami masalah cepat penat dan sering tidak sedap badan.

Sejurus mengetahui berita penyakit terbabit, Selebriti segera menghubungi Rahmat untuk bertemu Ainina. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila keadaan Ainina semakin kritikal dan tidak dibenarkan melawat selain ahli keluarga.

Rahmat memaklumkan jantung isterinya terkena jangkitan kuman sebelum diberi rawatan menggunakan antibiotik, namun jangkitan itu sudah merebak, menyebabkan injap jantungnya rosak dan terpaksa menjalani pembedahan segera memandangkan itu rawatan terbaik buatnya.

“Menurut pakar, injap jantung Ainina terpaksa digantikan dengan injap palsu dan dia harus bergantung kepada ubat selepas ini.

“Insya-Allah, keadaannya akan pulih seperti biasa selepas menjalani pembedahan,” kata Rahmat sehari sebelum operasi pembedahan itu berlangsung.

Katanya, keadaan menjadi lebih parah kerana penyakit Ainina lambat dirujuk kepada pakar lantaran lewat dikesan, menyebabkannya merebak sehingga memerlukan pembedahan.

Rahmat turut memberitahu, keadaan Ainina stabil walaupun berat badannya mula susut sejak dimasukkan ke hospital.

Menyentuh kos perubatan yang mungkin menelan belanja besar, Rahmat bersyukur kerana beberapa persatuan sudi menghulurkan sumbangan, namun dia masih menunggu laporan daripada IJN.

“Saya ada menghubungi kenalan rapat dalam industri dan mereka memberitahu, persatuan mempunyai dana bagi membantu menampung kos perubatan.

“Cuma, saya harus menunggu laporan penuh daripada IJN mengenai jumlah kos yang dikenakan sebelum membuat permohonan dana itu,” kata Rahmat yang terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang memberi sokongan moral terhadapnya dan isteri.

Dia juga berharap masyarakat, khususnya peminat dan rakan yang mengenali Ainina, berdoa semoga kesihatan isterinya kembali sedia kala dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.PELAKON wanita berwajah ayu yang sering membawakan watak sopan dan penuh budi pekerti ini pasti tidak dapat dilupakan peminat drama tempatan satu ketika dulu.

Ia sesuai dengan penampilannya yang cukup anggun sebagai wanita Melayu beradab.

Lebih daripada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Ahmad B ini mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung awal 2002 selepas berniat sembuh daripada penyakit misteri pada 1999.

Namun, siapa sangka Ainina Ahmad B, 40, yang juga isteri kepada bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, kini menderita sakit jantung sehingga memerlukannya menjalani pembedahan kecemasan Jumaat lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Ainina yang kurang muncul menerusi kaca televisyen kerana lebih menumpukan kepada kerja alih suara di belakang tabir, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kira-kira tiga minggu lalu selepas mengadu cepat penat dan kurang sihat.

Ibu kepada seorang anak, Nur Arieana Rahmat, 7, ini menjalani pemeriksaan di hospital itu sebelum dirujuk kepada IJN selepas hampir lima tahun mengalami masalah cepat penat dan sering tidak sedap badan.

Sejurus mengetahui berita penyakit terbabit, Selebriti segera menghubungi Rahmat untuk bertemu Ainina. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila keadaan Ainina semakin kritikal dan tidak dibenarkan melawat selain ahli keluarga.

Rahmat memaklumkan jantung isterinya terkena jangkitan kuman sebelum diberi rawatan menggunakan antibiotik, namun jangkitan itu sudah merebak, menyebabkan injap jantungnya rosak dan terpaksa menjalani pembedahan segera memandangkan itu rawatan terbaik buatnya.

“Menurut pakar, injap jantung Ainina terpaksa digantikan dengan injap palsu dan dia harus bergantung kepada ubat selepas ini.

“Insya-Allah, keadaannya akan pulih seperti biasa selepas menjalani pembedahan,” kata Rahmat sehari sebelum operasi pembedahan itu berlangsung.

Katanya, keadaan menjadi lebih parah kerana penyakit Ainina lambat dirujuk kepada pakar lantaran lewat dikesan, menyebabkannya merebak sehingga memerlukan pembedahan.

Rahmat turut memberitahu, keadaan Ainina stabil walaupun berat badannya mula susut sejak dimasukkan ke hospital.

Menyentuh kos perubatan yang mungkin menelan belanja besar, Rahmat bersyukur kerana beberapa persatuan sudi menghulurkan sumbangan, namun dia masih menunggu laporan daripada IJN.

“Saya ada menghubungi kenalan rapat dalam industri dan mereka memberitahu, persatuan mempunyai dana bagi membantu menampung kos perubatan.

“Cuma, saya harus menunggu laporan penuh daripada IJN mengenai jumlah kos yang dikenakan sebelum membuat permohonan dana itu,” kata Rahmat yang terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang memberi sokongan moral terhadapnya dan isteri.

Dia juga berharap masyarakat, khususnya peminat dan rakan yang mengenali Ainina, berdoa semoga kesihatan isterinya kembali sedia kala dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dapatkan Hati Yang Suci Lagi Bersih

Imam Ibnu Al Qayyim mengklasifikasikan ibadah dalam 3 (tiga) bagian, yaitu :

1. Amalan Hati, seperti : Tawakkal kepada Allah SWT., mahabatullah, tawadhu`, khusyû`, niat ikhlas, raja` dan lain sebagainya.

2. Amalan Lisan, seperti : Mengucapkan dua kalimat syahadat, tasbîh, istighfar, bersumpah atas nama Allah SWT. , berdoa dan sebagainya.

3. Amalan Anggota Badan, seperti : Solat, puasa, jihad, menuntut ilmu, berdagang, berladang, dan sebagainya.

Amalan yang paling diprioritaskan atau paling afdhal di antara 3 (tiga) jenis amalan tersebut adalah amalan hati yang dilakukan oleh hati manusia beriman.

Sekian.

Kewajipan Menutup Aurat

JANGAN LUPA TUTUP AURAT. DAN TUTUPLAH DENGAN BENAR. BUKAN BERPAKAIAN TAPI TELANJANG (pakaian ketat) .Di mana harga diri kita saat memakai pakaian ketat. Astagfirullah. Sangat memprihatinkan saudariku,bila memakai pakaian tapi seperti telanjang bulat.
Hargai diri sendiri dengan menutup aurat dengan baik,baik perempuan ataupun lelaki.Hormati diri dengan menutup aurat dengan baik. Cintai diri dengan menutup aurat dengan baik.

Bagaimana boleh menghormati orang lain sedang diri kita sendiri tak hormati dengan memperlihatkan aurat?.
Bagaimana boleh mencintai orang lain sedang diri sendiri tak kita cintai dengan memperlihatkan aurat?.
Bagaimana kita boleh menghormati orang lain sedang diri sendiri tidak dihormati dengan memperlihatkan aurat?.

JANGAN LUPA TUTUP AURAT. KITA MENCARI RIDHA ALLAH BUKAN RIDHA MANUSIA. BIARKAN ORANG LAIN BERKATA APA SAJA PADA KITA SAAT KITA MENUTUP AURAT KERANA BUKAN RIDHA MANUSIA YANG KITA HARAPKAN TAPI KERIDHAAN ILAHI.

"Tanpa adab yang benar,kita akan jauh dari Rahmat Allah"

Pantang larang dan adab orang tua zaman dahulu

Selasa, Mei 04, 2010

Tahukah anda bahawa kehidupan dulu-dulu bersendi adat, adat bersendi agama. Kalau sekarang ni, budak-budak buat tak endah soal adat, adab dan pantang larang. Berikut adalah beberapa pantang larang orang tua kita dulu yang saya dapat kumpulkan yang sekarang ni kita pun tak berapa nak ikut / tak berapa nak ingat: Ini adalah pantang larang dan adt orang2 dahulu,boleh ambil iktibar,percaya sangat nanti jadi khurafat pulak kan? baca jer lah apa dia....

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bod0h.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. Waktu berpuasa di bulan ramadhan...?
5. Makan sisa anak, anak akan degil dan derhaka
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, (perempuan) pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti kena tanggung keluarga.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
16.Jangan makan bontot ayam,nanti tonggek.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
16.Jangan menyanyi di dalam bilik air nanti dapat suami tua.

hujan pulak sikit jer..

Ahad, Mei 02, 2010

jam 7.40 pagi nie..hujan tetiba di Irbid..
gelap cuacu pagi nie..semalam terang benderang,ade guruh berdentum..

Keputusan ke IPTA hari nie

Sabtu, Mei 01, 2010

KUALA LUMPUR – Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini.


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.


Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.


Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.


Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.


Sumber:kosmo!

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma