Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Hidung Berdarah

Sabtu, April 03, 2010

Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus


HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. 


Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.


Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. 


Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. 


Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.


Bagaimanapun, ada juga pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti radang. Dalam keadaan begini trauma kecil pun boleh menyebabkan hidung berdarah.. 


Jelas Dr Raymond, adakala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol. 


“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,”  


Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.


Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku mungkin simptom masalah penyakit lain misalnya penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Osler-Weber-Rendu (degenerasi pada sistem salur darah). 


Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis). 


INFO:
Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

Picit bahagian bawah hidung
Tekan hingga terasa tulang muka
Mendongak dengan kepala menegak.
Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.


Kenapa perlu dapatkan rawatan pakar
Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit
Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala
Trauma yang mungkin menyebabkan hidung patah.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma