Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Bebola sotong

Sabtu, April 03, 2010

Bahannya (untuk sajian 20 orang)
200 gram sotong putih
200 gram isi udang (dikisar halus)
5 batang akar ketumbar
2 ulas bawang putih 
(kedua-dua bahan ini ditumbuk halus)
1 sudu serbuk lada putih
Roti putih dipotong kecil
Garam
Stok ayam


Caranya:
 Campurkan sotong dan udang yang sudah dikisar dengan akar ketumbar dan bawang putih yang sudah ditumbuk halus.
 Gaul sebati dengan garam dan stok ayam secukup rasa.
 Kepalkan isi sotong dan udang dengan roti yang sudah dipotong halus.
 Goreng dengan minyak panas.
 Sedia dihidang dengan sos.

Petua hilangkan hanyir sotong:
 Rendamkan sotong dengan air asam limau selama 10 minit untuk menyenangkan kulit hitam yang menyalutinya cepat keluar.
 Sotong juga boleh direndam beberapa minit dalam tepung sebelum dibuang kulitnya.
 Selepas dikeluarkan warna hitamnya, bilas dengan air paip.
 Potong kecil sotong (bentuk dadu) supaya senang hendak dilekatkan pada bebola.
 Untuk lebih enak, gunakan akar daun saderi supaya timbul aroma menyelerakan.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma