Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Uitm Ambil Pengambilan Kedua-Julai

Jumaat, April 30, 2010


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia mengambil penuntut matrikulasi yang tercicir untuk meneruskan pengajian dalam program diploma di universiti itu.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menawarkan sehingga 6,000 tempat pengajian setahun khusus kepada pemohon yang gagal ketika di matrikulasi dan juga pelajar miskin.
"Kita buka permohonan kemasukan pelajar baru melalui sistem pengambilan UiTM pada Julai ini dan pelajar berkenaan boleh memohon," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Sumber:KOsmo!

Bahasa Hari2

Khamis, April 29, 2010

Diaekolah tadika hinggalah ke universiti,
kita belajar bahasa melayu yang betul.tapi
yang belajar itu dan hanya diperaktikkan
hanya dalam penulisan karangan sahaja,
betul,kan..


Apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah 


tentang tatabahasa di dalam Bahasa Melayu iaitu 


'Diterangkan Menerangkan' yang dimuatkan di 


dalam satu program radio online.


Suatu objek diikuti dengan perkataan yang 


menerangkannya bukan sebaliknya.


Nampak macam susah tetapi mudah.


Contoh 1 : 


Ani memakai baju kurung
Baju apa? - Baju Kurung
Jadi kurung itu menerangkan apakah jenis baju 


yang dipakai.


Mudahkan?


Contoh 2.


Goreng pisang atau Pisang goreng?
Jika dilihat dari sudut diterangkan menerangkan 


- maka yang betul ialah :-
Pisang Goreng - kerana pisang adalah objek dan 


goreng menerangkan makna perkataan pisang.




Contoh 3 :


Lain-lain hal.
Betul atau salah?


Jawapan : Salah. Jawapan yang betul ialah hal


-hal lain. Kerana "lain" yang menerangkan "hal" 


bukan sebaliknya.




Contoh 4.


Air Asia Hotel atau Hotel Air Asia?
Hotel Ahmad atau Ahmad Hotel?
Jawapannya Hotel Air Asia dan Hotel Ahmad.


Jika dilihat semua contoh di atas, kita dapati 


jika kita menggunakan tatabahasa "diterangkan 


menerangkan" di dalam bahasa melayu, ini 


membezakan kita dengan bahasa inggeris. 


Mereka yang menggunakan Air Asia Hotel dan 


Ahmad Hotel sebagai contoh telah terpengaruh 


dengan cara penggunaan bahasa inggeris.


Ok.


Berdasarkan 4 contoh mudah yang telah 


diberikan di atas, saya ingin bertanya soalan 


cepumas.




Bagaimana dengan perkataan - PERDANA 


MENTERI?


Betul atau Salah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tips : Menteri Pertanian, Menteri Kewangan..... :)


Jawapannya?

Aqabah kena bom!

Sabtu, April 24, 2010

Semalam 23 April 2010 Aqabah kena bom oleh roket yang belum pasti dari mana datangnya..Ghaza?Palastine?
Masih dalam siasatan. Itu untuk sasaran ke negara lain tetapi tersasar ke Aqabah dan dikatakan percubaan..

Ya Allah! kami masih di bumi jordan..Selamatkan lah kami ini, Ya Allah..

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Selasa, April 20, 2010


Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
sumber:kosmo!

Perkhidmatan Feri 24jam Ditamatkan...

Rabu, April 14, 2010


Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menamatkan perkhidmatan feri 24 jam yang disediakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula Jumaat ini.
Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PPSB setelah mendapati ia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2.3 juta, menurut kenyataan PPSB di sini hari ini.
Selain itu ketiadaan perkhidmatan bas dan kereta api selepas tengah malam juga menjadi faktor utama PPSB menamatkan perkhidmatan feri 24 jam itu.
Bagaimanapun perkhidmatan feri pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan terus beroperasi seperti hari mingguan yang disediakan sebelum ini.
Pengguna feri khususnya pejalan kaki dinasihatkan supaya merancang perjalanan mengikut jadual feri yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Pengkalan Raja Tun Uda di sini di talian 04-2102362 dan Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di talian 04-3102377.
Perkhidmatan feri di Pengkalan Raja Tun Uda beroperasi bermula pukul 5.40 pagi hingga 1 pagi dan Pengkalan Sultan Abdul Halim bermula pukul 5.20 pagi hingga 12.40 tengah malam.

Sumber:utusan

Budak tiga tahun mati didera


seorang kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, dipercayai didera seorang lelaki sejak seminggu lalu.
Ia terbongkar apabila lelaki berusia 27 tahun membawanya ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini dalam keadaan tidak bermaya pada pukul 7.45 pagi semalam.
Lelaki itu membawa mangsa ke klinik tersebut berkemungkinan menyangka dia masih hidup.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, hasil pemeriksaan pihak klinik mendapati kanak-kanak malang tersebut telah mati kira-kira dua jam sebelum itu dan terdapat 30 kesan lebam di seluruh tubuhnya termasuk di dahi dan badan.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak klinik kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang merupakan bekas mekanik bagi membantu siasatan

Bebola sotong

Sabtu, April 03, 2010

Bahannya (untuk sajian 20 orang)
200 gram sotong putih
200 gram isi udang (dikisar halus)
5 batang akar ketumbar
2 ulas bawang putih 
(kedua-dua bahan ini ditumbuk halus)
1 sudu serbuk lada putih
Roti putih dipotong kecil
Garam
Stok ayam


Caranya:
 Campurkan sotong dan udang yang sudah dikisar dengan akar ketumbar dan bawang putih yang sudah ditumbuk halus.
 Gaul sebati dengan garam dan stok ayam secukup rasa.
 Kepalkan isi sotong dan udang dengan roti yang sudah dipotong halus.
 Goreng dengan minyak panas.
 Sedia dihidang dengan sos.

Petua hilangkan hanyir sotong:
 Rendamkan sotong dengan air asam limau selama 10 minit untuk menyenangkan kulit hitam yang menyalutinya cepat keluar.
 Sotong juga boleh direndam beberapa minit dalam tepung sebelum dibuang kulitnya.
 Selepas dikeluarkan warna hitamnya, bilas dengan air paip.
 Potong kecil sotong (bentuk dadu) supaya senang hendak dilekatkan pada bebola.
 Untuk lebih enak, gunakan akar daun saderi supaya timbul aroma menyelerakan.

Hidung Berdarah

Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus


HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. 


Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.


Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. 


Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. 


Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.


Bagaimanapun, ada juga pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti radang. Dalam keadaan begini trauma kecil pun boleh menyebabkan hidung berdarah.. 


Jelas Dr Raymond, adakala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol. 


“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,”  


Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.


Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku mungkin simptom masalah penyakit lain misalnya penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Osler-Weber-Rendu (degenerasi pada sistem salur darah). 


Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis). 


INFO:
Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

Picit bahagian bawah hidung
Tekan hingga terasa tulang muka
Mendongak dengan kepala menegak.
Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.


Kenapa perlu dapatkan rawatan pakar
Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit
Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala
Trauma yang mungkin menyebabkan hidung patah.

negara Jordan

Ini adalah penempatan di Amman,Jordan.Padat dan teratur.

Saya kini berada di Irbid,Jordan.

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma