Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Makanan Untuk pembentukan Otak Anak(juga dalam kandungan)

Ahad, Mac 28, 2010

Benarkah ada pil makanan tambahan yang benar-benar memberi kesan positif
secara langsung kepada otak? Atau adakah ia hanya strategi pemasaran untuk
menarik orang membeli? Tidakkah makanan yang kita ambil setiap hari tidak
mencukupi atau tidak mampu merangsang keupayaan otak?

Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada pil makanan tambahan kerana
makanan seimbang (mengandungi tiga hingga lima hidangan sayur-sayuran dan
buah-buahan) sudah cukup untuk membekalkan semua khasiat diperlukan badan,
termasuk otak untuk berfungsi dengan baik, kata Ketua Perunding Pemakanan
Hospital Assunta, Lau Wai Hon.

Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak antioksidan,
iaitu bahan penting yang sangat penting untuk merangsang aktiviti neuron
dalam otak.
Neuron atau sel saraf adalah sel yang teruja oleh ‘arus elektrik’ dalam
otak; bertanggungjawab memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat
elektro kimia.

Isyarat dan maklumat ini dipindahkan dari satu neuron (sel saraf) ke neuron
lain melalui ruang kecil antara sel yang dipanggil sinaps.
Neuron boleh diumpamakan seperti cabang pokok yang mempunyai banyak ranting
halus (dendrit) dan ranting ini bertugas menerima isyarat.
Isyarat akan dipindahkan dengan bantuan pergerakan ion natrium dan potasium
untuk sampai ke ranting lain (pada neuron atau sel saraf lain).

Pergerakan ion ini akan membentuk gelombang elektrik yang membolehkan
isyarat melalui sinaps untuk disampaikan ke neuron sebelahnya.
Ini sebabnya kita perlu mengambil makanan seimbang dengan melebihkan sayur-
sayuran dan buah-buahan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin yang
bertindak sebagai antioksidan, tetapi turut membekalkan pelbagai garam
galian (mineral), termasuk natrium dan potasium bagi membolehkan sel otak
berfungsi secara optimum.
Pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan seluruh badan menerima
semua khasiat diperlukan, bukan hanya pada otak. Namun memang diakui
makanan, terutama yang kaya dengan bahan antioksidan, boleh merangsang
aktiviti neuron di samping memberi sumbangan kepada sel lain dalam badan.

Cara paling praktikal ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun,
dengan gaya hidup moden yang sibuk dan kerap makan di luar (atau bergantung
kepada masakan di restoran), ramai tidak dapat menerapkan konsep pemakanan
seimbang dalam hidup mereka. Jika perkara ini berlarutan, akan timbul
masalah kekurangan zat walaupun berlebihan makan.

Kaedah paling mudah ialah memastikan anda mengambil lebih banyak sayur dan
buah; sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari.
Pelbagaikan pilihan anda dengan memasukkan sayur-sayuran yang berwarna
warni dalam pemakanan harian. Ini kerana sayur-sayuran berwarna warni
mengandungi banyak bahan antioksidan.
Kita beruntung negara kita kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang
boleh dibeli dengan harga murah. Antara buah dan sayur yang terbukti baik
untuk otak ialah delima, buah naga merah atau putih dan peria,” katanya.

Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan:
l Ungu — beri, terung, kubis merah, akar bit
l Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung
l Putih (bawang) — semua jenis bawang
l Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy
l Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada benggala
merah/kuning, buah-buahan

Walaupun kebanyakan kajian mengenai makanan yang baik untuk otak merujuk
kepada buah-buahan atau sayur-sayuran di luar negara, ia tidak bermakna
sayur dan buah tempatan kurang berkhasiat.
Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak kajian berkaitan penyembuhan
penyakit ke atas sayur dan buah tempatan supaya ia boleh dimanfaatkan
sebaik-baiknya oleh penduduk negara ini.
Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses atau
ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum. Contohnya sayur
-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan makanan yang diproses
seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras putih, sosej, daging burger
dan naget.

Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak di
pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan bilis,
monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia mengandungi
banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya, gantikan perencah ini dengan rempah
semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu manis, bunga lawang,
jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia, lengkuas atau serai yang boleh
menaikkan rasa masakan,” katanya.

Pil makanan tambahan
Menurut Lau, jika sukar mengamalkan pemakanan seimbang, kekurangan zat boleh
ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan.
Untuk otak, pilih pil makanan tambahan mengandungi kumpulan vitamin B yang
boleh membantu mengurangkan tekanan. Dalam keadaan kekurangan zat, pil
makanan tambahan tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap, sebaliknya menjadi
menjadi rawatan untuk mengelak pelbagai masalah kesihatan jika kekurangan
zat berterusan.
Bagaimanapun, pil makanan tambahan tidak perlu jika kita bersedia melakukan
perubahan pemakanan ke arah lebih baik. Memang diakui, mengambil pil makanan
tambahan lebih mudah berbanding mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi Lau
mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati sebelum membeli produk yang
mendakwa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Kebanyakan dakwaan itu adalah strategi pemasaran. Kita perlu lihat siapa
pengeluarnya, adakah ia dikeluarkan pengusaha yang mempunyai prestasi
cemerlang dalam penghasilan pil makanan tambahan. Pada masa sama, pastikan
kuantiti atau dos vitamin yang dibekalkan dalam setiap biji pil supaya tidak
alami masalah berlebihan dos.
Bagi vitamin larut air, ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing
tetapi bagi vitamin yang larut lemak, ia akan berkumpul dalam badan dan
sukar disingkir.
Ini penting, terutama bagi individu yang sememangnya ada masalah kesihatan.
Justeru, sebelum mengambil makanan tambahan, termasuk persediaan tradisional
seperti herba, rujuk dulu kepada doktor,” katanya.
Makanan yang baik saja tidak cukup untuk meningkatkan keupayaan otak (daya
ingatan, tumpuan dan kepekaan) kerana minda kita perlukan rangsangan dalam
bentuk mental dan fizikal. Keadaan ini sama bagi semua peringkat umur, sama
ada kanak-kanak atau orang dewasa.
Jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan pengeluar produk yang mengatakan
barangan mereka diperkaya asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik
(DHA) khususnya untuk kanak-kanak.
Memang kajian membuktikan dua asid ini boleh membantu merangsang aktiviti
neuron, tetapi ia tidak menjanjikan seseorang kanak-kanak yang mengambil
produk mengandungi bahan ini akan jadi pandai.
Mereka masih perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberi perhatian
dalam kelas, mengulang kaji dan membuat latihan di rumah untuk berjaya dalam
peperiksaan.
Ini antara teknik untuk merangsang aktiviti sel otak supaya ia menjadi
lebih aktif. Makanan saja tidak akan membuatkan seseorang menjadi pandai.
Keadaan ini juga sama pada pesakit strok. Apabila seseorang diserang strok
(serangan otak akibat salur darah ke otak tersumbat atau pecah), ada
bahagian dalam otak yang rosak dan mengakibatkan pesakit hilang satu-satu
kemahiran.
Antara pendekatan yang digunakan dalam rawatan strok ialah merangsang otak
mereka dengan menggalakkan pesakit melakukan pelbagai aktiviti dan biasanya
ia membabitkan rutin harian.
Apabila mereka melakukan satu-satu perkara berulang kali, ia akan
merangsang sel otak untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.
Malah banyak kajian menyarankan kita selalu merangsang otak dengan aktiviti
yang mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan masalah
matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau banyak membaca.
Apa perlu dilakukan untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?
Lau berkata, perkara paling asas ialah mengamalkan gaya hidup sihat,
mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada lewat
malam.

Sajian terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur untuk
memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan.
Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja ketika
tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.
Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi mengandungi
antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun, lebih baik jika tidak
minum kerana biasanya orang minum kopi secara berlebihan, bukan sekadar
secawan sehari.

Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan
mendatangkan kemudaratan.
Apabila memasak, pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar. Elak
sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan seperti vitamin
mudah musnah oleh suhu tinggi,” katanya.
Pada masa sama Lau juga menyarankan kita bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk melancarkan
aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan, kepekaan dan
ingatan.
Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga pertama
selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika kita tidur.
Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif.
Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong
memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya (tengah hari dan
malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan
berlebihan.

Antara saranan diberi pakar pemakanan meningkatkan fungsi otak ialah:
* Lebihkan pengambilan ikan — protein ikan, terutama ikan laut dalam yang
  mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan kemampuan minda
  mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan

 *Makan kekacang dan sedikit coklat — Ia kaya dengan vitamin E
(antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi banyak
lemak
* Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan
*Galakkan anak makan telur — kuning telur kaya dengan kolin yang membantu
daya ingatan.
* Susu dan yogurt — produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B yang
sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter dan enzim
* Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)
*Kerap bersenam
*Kurangkan makanan ringan
* Berhenti merokok — Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain
menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang
berbanding individu tidak merokok.
* Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran — bagi umat Islam,
sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk mententeramkan
jiwa.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma