Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Peringatan Kepada Golongan Lelaki

Selasa, Februari 16, 2010

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:




1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.



2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.



3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... "



Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.



Wallahu a'lam bish-shawab Billahi at-Taufiq wal-hidayah..

Diet yang betul

JADIKAN buah-buahan hidangan wajib setiap hari.

MASALAH berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.

Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.

Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.

Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, ada beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!

Minum banyak air
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.

Diet buah-buahan dan sayuran
Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.

Lebihkan pengambilan bijirin
Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.

Tentukan tahap kelaparan
Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

LUANGKAN masa anda mengira setiap kalori makanan yang dimakan.

Kurangkan minuman bersoda
Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.
Menimbang berat setiap minggu
Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Kawal pengambilan makanan
Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.

Prihatin dengan makanan
Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

REMAJA yang terikut-ikut dengan rejim diet yang ketat mengakibatkan mereka menghidap penyakit anoreksia.

Elakkan makan malam
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.

Jangan biarkan diri kelaparan
Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?

Bersenam
Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.

Jagalah Mata Anda

Jumaat, Februari 12, 2010

MATA sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, alat solek dan pelbagai faktor lain.
penjagaan mata untuk mengelakkan tekanan perlu dilakukan bagi melindungi organ penglihatan berkenaan secara menyeluruh.



Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan terutama kepada mereka yang sering menggunakan komputer.
 

* Dapatkan rehat selepas sejam atau dua jam bekerja di hadapan komputer dengan mengalihkan pandangan ke arah objek yang jauh.



Pada waktu ini jangan membaca. Ini bertujuan untuk merehatkan otot mata yang keletihan.

* Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan.

* Sentiasa melembapkan permukaan mata dengan penggunaan ubat titisan mata bagi mengelakkan kekeringan mata.

* Elakkan diri daripada bekerja menggunakan komputer dalam keadaan gelap.


Selain itu, dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan pengambilan pil multivitamin juga perlu.


Sentiasa amalkan membaca dengan cahaya yang terang, di samping mengelakkan membaca dalam keadaan gelap atau menggunakan cahaya malap.

Malah, elakkan tabiat membaca dalam keadaan berbaring dan kurangkan menonton televisyen atau bermain permainan komputer untuk tempoh yang lama tanpa rehat.

Jika menonton televisyen, ia perlu dilakukan dengan jarak lebih daripada dua meter.



Di samping itu, pengambilan vitamin C dapat membantu untuk menjaga kesihatan badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka secara keseluruhannya, bagaimanapun ia tidak tertumpu kepada mata saja.


Kategori makanan untuk penjagaan mata merujuk kepada piramid makanan pada paras dua iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran.

Paling penting adalah pengambilan vitamin A iaitu susu, keju, kuning telur, hati dan pelbagai ikan yang tinggi kandungan lemak serta sayuran dan buah-buahan yang berwarna kuning atau merah sesuai untuk meningkatkan tahap penglihatan.


Setiap individu digalakkan untuk mengambil makanan dalam kategori ini bagi menjaga kesihatan mata secara keseluruhannya.





Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma