Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Affiliate Programs Made Simple

Rabu, Januari 20, 2010

If you are interested in making money online, joining an affiliate program is a great option. AffiliatePrograms.com is the best resource on the internet to find an affiliate program relevant to your websites audience. There are many successful affiliates with monthly earnings over $100,000.00 (yes -- thats one hundred thousand dollars) by promoting various affiliate programs.

Our directory lists the best affiliate programs available on the internet that will allow you to maximize your income. Browse our easy-to-use affiliate program directory or our educational articles which are written by our expert team of super affiliates.

We welcome your feedback as we continue to improve our site, so please contact us if you have any questions about which affiliate programs are best for you.

join us:http://www.affiliates.easydate.biz/register?pid=992a48b2

Gerhana Matahari Separa


Gerhana pada 15 januari 2010
di Kuantan pada jam 3.58 petang

Sebab Haram kahwin

* Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
o Ibu
o Nenek sebelah ibu mahupun bapa
o Anak perempuan & keturunannya
o Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
o Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
o Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
o Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)


* Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
o Ibu susuan
o Nenek dari sebelah ibu susuan
o Adik-beradik perempuan susuan
o Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
o Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan


* Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
o Ibu mentua dan ke atas
o Ibu tiri
o Nenek tiri
o Menantu perempuan
o Anak tiri perempuan dan keturunannya
o Adik ipar perempuan dan keturunannya
o Emak saudara kepada isteri
* Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya


[sunting] Peminangan


Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.


Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:


"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)




Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:


"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Punca Kemandulan Wanita

Untuk memudahkan pemahaman ke atas sebab-sebab kemandulan di kalangan wanita, sebab-sebab tersebut boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, kemandulan yang disebab oleh penyakit dalam faraj dan pangkal rahim, kedua penyakit dalam rahim, ketiga penyakit dalam saluran fallopian dan kegagalan ‘ovulasi’ (pengeluaran benih).


I. Penyakit-penyakit dalam faraj dan pangkal rahim


Penyakit yang berlaku dalam faraj misalnya jangkitan kuman khususnya kuman ‘Monilia’ (sejenis kulat), ‘Trichomonas’ dan lain-lain bakteria boleh menyebabkan kemandulan. Penyakit kuman ini biasanya menyebabkan perubahan dalam lendir faraj. Keadaan begini mungkin memusnahkan setengah daripada benih lelaki kerana keadaan lendir yang wujud tidak sesuai bagi benih-benih tersebut.


Penyakit yang berlaku pada pangkal rahim dan menyebabkan saluran pangkal rahim itu tertutup akan menyebabkan kemandulan. Keadaan ini boleh berlaku jika timbulnya satu tumbuhan di hadapan pangkal rahim atau pangkal rahim itu menjadi rosak dan tertutup (stenosis) selepas menjalani sesuatu pembedahan seperti ‘amputation of cervix’


Lendir yang terdapat pada saluran pangkal rahim mempunyai peranan yang penting dan aktif dalam percantuman benih lelaki dengan benih perempuan, bukan hanya satu saluran yang pasif. Lendir tersebut dipercayai mengambil peranan dalam pengangkutan, penyimpanan, perlindungan serta memperkuatkan tenaga benih-benih lelaki sebelum bergerak menuju ke kilang telur.


Kadangkala terdapat gangguan dalam bentuk lendir tersebut kerana keadaan tidak seimbang dalam kandungan hormon pesakit itu. Keadaan ini boleh mengganggu peranan yang dimainkan oleh lendir saluran pangkal rahim. Keadaan begini sering timbul dalam penyakit ‘cervical erosion’. Jangkitan kuman (cervicitis) juga boleh mengganggu keadaan lendir itu, dan seterusnya menimbulkan kemandulan.


Penyakit-penyakit yang menimpa saluran faraj dan saluran pangkal rahim dapat dikesan dengan mudah ketika pemeriksaan kemaluan dilakukan. Walaupun demikian ujian-ujian khusus perlu dilakukan untuk mengesahkan jenis jangkitan kuman dan juga mengesan sama ada lendir saluran pangkal rahim boleh menjalankan tugas-tugasnya. Di antara ujian tersebut ialah:


a) Pemeriksaan mikroskopi ke atas lendir faraj


Ini bertujuan untuk mengesan kuman yang menyebabkan penyakit, seterusnya semaian (culture) boleh dilakukan ke atas lendir itu untuk mengetahui jenis kuman yang menjangkitinya serta jenis ubat yang sesuai untuk rawatan. Setelah diketahui jenis kuman itu, rawatan yang khusus adalah mudah diberikan. Biasanya ubat-ubat ini diberikan secara ‘pessary’ di mana ubat itu dimasukkan dalam faraj tiap-tiap hari selama seminggu atau lebih. Ubat ‘pessary’ ini mengandungi banyak jenis ramuan seperti antibiotik, antifungal dan lain-lain yang boleh memusnahkan berbagai jenis kuman.


b) Pemeriksaan mikroskopi ke atas lendir pangkal rahim


Ini bertujuan untuk mengesan sama ada benih lelaki terdapat dalam lendir itu. Juga ia bertujuan untuk mengesan secara tidak langsung, sama ada wanita mandul itu telah mengeluarkan telur atau tidak. Ujian yang digelar ‘post-coital test’ ini perlu dilakukan lebih kurang 8 jam setelah persetubuhan dilakukan dan juga pada ketika benih lelaki tidak terdapat dalam lendir itu, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti kemandulan lelaki atau sesuatu penyakit yang berlaku pada lubang faraj dan saluran pangkal rahim. Jika kemandulan disebabkan oleh ‘cervical erosion’ iaitu pangkal rahim menjadi merah warnanya rawatan sejajar ialah dengan ‘cautery’, di mana pangkal rahim ‘dibakar’ dengan menggunakan alat elektro, cyro (sejuk) atau bahan kimia. ‘Pembakaran’ ini bertujuan untuk merangsangkan pertumbuhan sel yang normal di pangkal rahim. Dengan cara ini tisu-tisu pangkal rahim boleh sembuh seperti sediakala.


Penyakit-penyakit Dalam Rahim


Rahim adalah perkakas yang amat penting dalam kehamilan kerana ia merupakan satu ruang di mana hasil kehamilan itu tumbuh dan membesar sehingga menjadi bayi. Jika sesuatu gejala berlaku ke atas rahim, maka kehamilan akan tergendala. Keadaan selaput endometrium mungkin tidak sesuai untuk menerima implantasi atau penanaman embryo kerana sesuatu sebab penyakit. Bentuk ruang rahim juga mungkin tidak sesuai sehinggakan setiap embryo yang berjaya menempuhi proses implantasi, tidak berjaya tumbuh dan berkembang. Di antara penyakit yang boleh menimpa rahim ialah penyakit semula jadi di mana bentuk rahim menjadi luar biasa atau bercabang dua seperti yang terdapat dalam ‘bicornuate uterus’, tumbuhan bukan kanser seperti ‘fibroid’ dan juga penyakit jangkitan kuman khususnya penyakit tibi.


Dalam pemeriksaan faraj tumbuhan pada rahim biasanya mudah dikesan tetapi penyakit-penyakit lain mungkin memerlukan penyiasatan serta ujian yang lebih teliti. Di antara ujian-ujian tersebut ialah:


(a) Dilatation dan Curettage (D & C)


Ini adalah satu prosedur pembedahan kecil untuk mengambil contoh tisu dari selaput endometrium dalam ruang rahim. Ini penting dilakukan dalam waktu yang tertentu iaitu dalam bahagian akhir pusingan haid ataupun beberapa hari sebelum haid berikutnya dijangka keluar. Tujuan pemeriksaan ini ialah untuk mengesan sama ada wanita itu ada mengeluarkan benih (ovum) atau tidak kerana ia akan menentukan sama ada dinding rahim (endometrium) itu sesuai untuk menerima kehamilan atau tidak. Dalam pemeriksaan ini juga ujian khusus untuk mengesan penyakit tibi dilakukan dengan menghantar contoh endometrium untuk ‘guinea pig inoculation’. Penyakit tibi yang menimpa rahim dikatakan menyebabkan kemandulan di kalangan 2% dan pada pesakit yang datang ke klinik mandul. Jika dipastikan penyakit tibi, rawatan khusus dan ubat akan diberikan oleh doktor pakar tibi.


(b) Pemeriksaan X-ray (hysterography)


Satu pemeriksaan istimewa yang menggunakan X-ray akan dilakukan untuk mengesan jenis penyakit dalam rahim seperti penyakit tumbuhan atau keganjilan dalam bentuk rahim (bicornuate). Tujuan lain ujian ini ialah untuk mengesan sama ada saluran “Fallopian’ terbuka atau tidak dan juga sama ada saluran pangkal rahim itu normal atau tidak. Kadangkala terdapat saluran pangkal rahim lemah (incompetent) dan ini menyebabkan keguguran berulang kali.


Pemeriksaan ini dilakukan dengan memasukkan sejenis cecair khas (contrast medium) ke dalam ruang rahim dan ketika itu gambar X-ray diambil. Ujian ini tidak memerlukan penderita dimasukkan ke hospital. Ini biasanya dilakukan dalam bilik X-ray. Dalam pemeriksaan ini, sedikit kesakitan mungkin dirasai ketika cecair itu dimasukkan ke dalam rahim. Adalah penting bagi semua penderita untuk mengetahui bahawa ianya tidak hamil ketika pemeriksaan X-ray ini dilakukan kerana bahangan X-ray mungkin membawa mudarat kepada bayi yang dikandungnya. Untuk mengelakkan kemungkinan kecacatan bayi ini, tarikh keluar haid yang terakhir perlu diketahui. Biasanya X-ray ini dilakukan antara 4-7 hari selepas haid berhenti.


Jika didapati kemandulan disebabkan oleh tumbuhan atau sesuatu kelainan dalam bentuk rahim, pembedahan mungkin boleh dilakukan untuk membetulkannya. Biasanya hasil pembedahan bagi rawatan penyakit tumbuhan ‘fibroid’ adalah memuaskan tetapi jika tumbuhan ini terlalu banyak dan telah merosakkan saluran ‘fallopian’, hasil pembedahan seringkali menghampakan.

Amalan Harian Untuk Panjangkan Usia Anda!

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.

Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.

Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.

Pattani,Thailand

Ahad, Januari 17, 2010



MENYEBUT saja Pattani, sebuah daerah terletak di selatan Thailand, perkara pertama berlegar di kepala ialah keadaan huru-hara yang menjadi punca beberapa siri gerakan menuntut kemerdekaan wilayah dari kawasan berkenaan.


Konflik demi konflik serta peristiwa berdarah dilaporkan media tempatan tidak dinafikan sedikit sebanyak menjunamkan semangat untuk meneroka bumi berselirat sungai dan pantai, mewah khazanah alam serta unggul adat resam dan budaya itu.

Begitupun, dalam resah dan gentar, pesona Pattani tetap memikat pelancong. Daerah yang dihuni hampir 85 peratus penduduk Islam itu menawarkan banyak sejarah silam untuk dihayati. Bahkan, sebelum dikenali sebagai wilayah yang ampuh pegangan Islamnya, rentetan sejarah Pattani amat panjang, termasuk pernah menjadi sebahagian jajahan takluk Langkasuka, diperintah kerajaan Melayu-Pattani, pengislaman Raja Phyatu Indhra oleh Syeikh Said pada kurun ke 15 yang membawa pengaruh Islam dalam budaya dan gaya hidup masyarakatnya.

Kunjungan ke Pattani belum sempurna andainya gagal menjejak kaki ke Masjid Krisek (Kruese). Ia terletak di Kampung Krisek, mukim Tanjung Luluk daerah Mueang.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, masjid itu dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1530-1564) sehingga kini tidak pernah siap sepenuhnya gara-gara sumpahan seorang kakak yang enggan merestui adiknya menganut Islam.

Justeru, sejak peletakan batu asas hingga ke hari ini, seni bina masjid berkenaan kekal dengan bata merah tanpa cat, bertiang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam. Seimbas pandang, masjid ini kelihatan seperti kota lama yang menghuni kawasan tanah tinggi.

Hanya pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), rumah ibadat itu disentuh pembaharuan, hasil garapan istimewa tukang dari Cina, Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung.

Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun.

Bagaimanapun, oleh kerana nilai sejarahnya, pada 1935, Jabatan Arkeologi dan Antikuiti Thailand mengisytiharkannya sebagai tapak sejarah sekali gus memungkinkan kerja pemuliharaan serta pemeliharaan bangunan dilakukan pada 1957, 1982 dan 2004. Selain sebagai tempat beribadat dan mengerat silaturahim, tujuan pengekalannya dibuat kerana ia dianggap khazanah penting negara.

Antara kira-kira 600 masjid di Pattani, Masjid Jamek Pattani di Thanon Yarang kini menjadi pusat tumpuan orang Islam tempatan beribadah serta mendalami ilmu agama. Dibina pada 1954 dan selesai menjelang 1963, seni binanya mengambil inspirasi Arab dan monumen tersohor, Taj Mahal.

Imam masjid, Yakob Abdullah, berkata masjid yang menelan belanja RM400,000 (46 juta baht) itu boleh memuatkan sehingga tiga ribu jemaah pada satu-satu masa.

“Demi mendapatkan suasana seperti Taj Mahal, India, sebuah kolam dilengkapi tugu berbentuk kubah dibina di tengah halaman. Masjid ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan penganjuran majlis penting, misalnya tilawah al-Quran bagi Wilayah Selatan kerap dianjurkan di sini. Ia juga dinobatkan antara masjid terindah di seluruh Thailand,” katanya.

Bagi yang ingin mendekatkan diri dengan alam, Pattani mungkin jawapannya kerana ia menawarkan berbilang sungai, pantai, air terjun, kawasan bukit dan pergunungan, ladang garam dan hutan payau bakau. Pusat pendidikan hutan paya bakau Yaring antara lokasi sasaran kerana sarat daya tarikan terutama misteri serta keindahan pemandangan hutan simpannya.

Projek membabitkan kawasan seluas 198.4 ekar berkenaan menghidangkan aneka kemudahan termasuk binaan jambatan daripada kayu Hopea Odorato sepanjang 1,250 meter, khusus memberi peluang pengunjungnya menghayati keindahan alam semula jadi ditawarkan tempat itu.

Sepanjang perjalanan, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesies pokok dan tumbuhan berusia beribu tahun dengan segenap lorong dan ceruk menyediakan teres istirahat dilengkapi gambar dan maklumat berguna mengenai hutan berkenaan.

Sementara berdayung sepanjang terusan, pengunjung berpengalaman bertemu beragam spesies hidupan air, burung, serangga dan penduduk tempatan yang menyara hidup melalui hasil hutan bakau.

Dalam keasyikan menjejaki tamadun Islam, jangan sia-siakan peluang meneroka budaya lain. Makam Lim Kor Niew di Jalan Anak Ru, daerah Muang misalnya, amat berbaloi dilawati. Makam berkenaan menempatkan imej serta figura dewi Lim Kor Niew yang dibentuk menerusi ukiran pada batang pokok gajus, sekali gus simbolik misteri kematian dewi itu yang ditemui maut tergantung di pokok berkenaan.

Bertujuan menghormati dewi malang itu, setiap tahun ketika bulan mengambang penuh dan bulan ketiga kalendar lunar Cina, diadakan majlis keramaian besar-besaran dengan seluruh pelosok bandar bermandi cahaya, selain dibanjiri pengunjung dalam serta luar negara. Sambutan perayaan berkenaan dikatakan paling meriah dan menggamit tumpuan di wilayah Selatan negara terkenal dengan simbol gajah itu.

Meskipun, Pattani bukan tergolong lokasi pelancongan popular kerana ketidakstabilan politiknya, namun tinggalan sejarah, keunikan adat serta budaya, keramahan penduduk serta hasilan kraf menakjubkan mungkin mampu mengubah nasib Pattani menjadi destinasi persinggahan terkenal suatu hari nanti. Semoga tuah dan nasib menyebelahi Pattani.

Inilah pesanan roh kepada golongan manusia yang masih hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya,
kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu,
mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar
apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai
orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-
anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka.

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.”

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan
untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku."

Petua Mudah Bangun Pagi

Jumaat, Januari 15, 2010

Mudah Bangun Pagi


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Gizi Seimbang


Nasi Ayam Hainanese

Nasi Ayam Hainanese
Bahan-Bahan:
4 tin susu beras 2 helai daun pandan 2 susu mentega Daun salad Timun
Sop Ayam: 4 ulas bawang putih } 2 inci halia } kisar 1 ekor ayam Garam Bahan kisar: 8 ulas bawang putih 4 inci halia
Sos cili:10 batang cili merah air limau kasturi Gula

Cara:
Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam lalu goreng dlm minyak penuh.
Panaskan periuk tumis bahan kisar. Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.

Nasi Ayam Masala

Nasi Ayam Masala

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (1200 gm) 1.8 kg beras 1 tin minyak sapi atau marjerin
1 tin susu cair 1 tin sup tomato 2 biji buah pelaga 1.5 cm halia
1.5 cm kulit kayu manis 250 gm ketumbar biji 6 labu baang merah 8 ulas bawang putih 2 sudu besar jintan putih 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar air mawar 4 kuntum bunga cengkih 3 helai daun pandan
Garam secukup rasa Gula secukup rasa

Cara:

Tumbuk atau mesin ketumbar, jintan putih, jintan manis, bawang putih dan halia. Gaul dengan ayam yang dipotong lapan. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi atau marjerin di dalam kuali dan tumiskan 3 labu bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan air diikuti dengan sup tomato, susu cair, garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih. Sementara itu bersihkan beras dan toskan. Masukkan beras itu ke dalam periuk dan kacau hingga kering. Tutup periuk untuk setengah jam. Masukkan ayam yang telah dimasak dan kacau rata-rata. Tutup periuk semula. Sebelum diangkat, tabur air mawar dan kacau nasi rata-rata.

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.


Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*

Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Pelbagai petua di dapur

udang sentiasa segar


Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

Elak mee/pasta drpd terlalu lembut/overcook .....

sediakan air panas yg bercampur sedikit minyak masak dan garam didalamnya.kemudian rendamkan ia selama beberapa minit sehingga lembut sedikit.kacau perlahan2 utk mengeluarkan saki baki kotoran dan juga lebihan tepung .angkat mee/pasta tadi dan lalukan dibawah air paip utk menghilangkan panasnya.tapis

Cili masuk mata ketika menumbuk sambal

Sekiranya mata sebelah kanan yg. kena, sapulah menggunakan ibu jari kaki sebelah kiri pada mata yang kena dan juga sebaliknya.

Panas terkena cili atau lada

Tuangkan sedikit air garam ke atas tempat tersebut, kemudian salaikan tangan hapir dengan api, sesudah itu, basuhlah dengan air dan sabun.

Hilangkan pedas di dalam mulut

kalau terasa pedas,cuba makan garam.cuba dulu secubit.kalau x jadi,makan jer sumer garam.

menghilangkan bau pedas (cili tumis)

Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut..

Telur yg direbus supaya tdk retak
Ambil beberapa asam keping dan sedikit garam,direbus bersama2 dgn telur tadi.

rasa garam dalam masakan

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

ikan kering tidak berulat

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

terkena bisa ikan keli

lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.

Penawar dan Khasiat

Merawat Senggugut
1)Ambil halia sebesar jari ibu kaki dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.boleh dicampur dgn serbuk lada hitam
2) amalkan minum air suam .

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Menyembuhkan Kurap
Ambil beberapa helai daun gelenggang. daun tersebut hendaklah di celupkan ke dalam minyak tanah. selepas itu gosoklah daun tersebut pada permukaan kulit yang berkurap

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

penawar bisul/kudis
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan

menghilangkan bisul
cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan kesan parut pada kulit
Potong/ambil bahagian luar kulit tembikai. Jemur kulit tembikai tadi dibawah cahaya matahari sehingga kering. Selepas itu bakar sehingga menjadi abu, masukkan sedikit air, gaulkan dengan abu tadi dan sapukan ke kesan parut tadi. Ulang setiap malam sebelum tidur.

putih telur penghilang parut
cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

meredakan benjol
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

ubat gigi penawar kulit melecur
dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

elak dari melecur
cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi.

gula ubat luka
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mula-mula rebuskan belimbing tanah. Kemudian biarkan ia suam dan seterusnya minum. Seelok-eloknya minum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
ii)Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ambil beberapa helai daun pisang yang telah kering.Basuh sehingga bersih, kemudian rebus daun tersebut hingga mendidih. sejukkan air rebusan tadi,minumlah pada waktu pagi dan malam sebelum makan. selamat mencuba

hilangkan darah tinggi
.ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.

ubat kencing lawas
Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

bayam ubat banyak penyakit
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

kacang tanah rendahkan tekanan darah
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).
penawar bisa lipan/lebah
ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

khasiat daun jambu batu
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

tepung ubi penawar ruam
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

bintik-bintik merah di badan
Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

hilangkan bintik merah kesan cacar air
Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

daun peria ubat kurap
Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

bengkak di bawah telinga
Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

Hilangkan batuk
beli satu tin coca cola.kemudian panaskan air itu dlm periuk selama 3 minit kemudian bila air itu sudah sejuk minumlah .

batuk berterusan
Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:
• Jangan terlalu banyak makan makanan manis.
• Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
• Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
• Jangan makan banyak mekanan pedas..• Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

demam
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

ubat demam malaria
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

menghilangkan gatal-gatal
kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

penawar pengsan
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

segarkan urat saraf dengan daun serai
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

hilangkan bau dan pening makan durian
Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

Petua Cantik(Bahagian Tubuh/Diri)

Sihat Tubuh Badan


Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menurunkan Berat Badan

(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Petua Cantik(Bahagian Kuku)

kuku kaki cantik


gosok kuku dengan ubat gigi dgn megunakan berus gigi yg tidak digunakan lagi setiap kali lepas mandi.pasti kuku anda cantik

Menguatkan kuku

Petua utk mengelakkan dari patah ialah ambil bawang putih, calitkan pada hujung cermin tingkap (akan menghasilkan banyak air), gosokkan pada kuku hingga rasa sengal. InsyaAllah tidak akan patah lagi dan ia akan menjadi semakin kuat.

Petua Cantik(Bahagian Betis)

mencantikkan betis


Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.

Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

urat betis menonjol

Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.

Petua Cantik(Bahagian Perut)

Mengempiskan Perut


(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mehilangkan kecut perut

Makan roti gading sikit demi sedikit,kalau perut anda kecut bolehlah makan kesemua sekali.

halia atasi masalah kembung perut

Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

RAWATAN LEPAS BERSALIN


Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

Petua Cantik (Bahagian Tangan)

Melembutkan tapak tangan yang kasar.


Ambil daun betik tua, diramas ramas sehingga hancur. biarkan ianya kering ditapak tangan. lepas tu basuh bersih bersih. lakukan dua tiga kali,.

Petua Cantik (Bahagian Dada)

Tegangkan Payudara


Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

bengkak buah dada

selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

ubati sakit dada

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan

Petua Cantik (Bahagian Badan)

Menghilangkan Bau Badan


Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Menghilangkan Parut

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua Cantik (Bahagian Ketiak)

atasi masalah bulu ketiak


Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Petua Cantik(Bahagian Leher)

Menanggalkan kutil leher

sapukan sedikit getah betik yg diambil drp pucuk betik .kemudian sapukan pada leher.amalkan setiap hari .insyallah pasti menjadi.

Sakit tekak
1)Ambil nasi dalam kuantiti sedikit.kemudian masukkan kedalam segelas air.biarkan semalaman.sebelum minum baca selawat 3 kali dan minum airnya.jangan diminum sekali dengan nasi yang direndanm itu.

Menghilangkan sakit tekak?
2)Mula-mula ambil asam jawa(jangan terlalu banya),lepas itu letakkan asam itu takdi ke dalam air suam,kacau kan ia,simpan dalam masa 1hari(24jam).dan keesokkan harinya minumlah air itu.

ubat sakit bengkak tekak

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.

Petua Cantik (Bahagian gigi)

Memutih dan Mengilatkan Gigi


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Hilangkan kesakitan gigi
1)sakit gigi akibat gigi berlubang, ambil beberapa biji bunga cengkih dan ketuk hingga hancur, kemudian ambil bunga cengkih yg telah dihancurkan itu dan masukkan ke dalam gigi yg berlubang.

Menghilangkan sakit gigi(gigi berlubang)
2)bakar cili api hingga hangus, kemudian gaulkan dgn sedikit minyak masak, ambil sedikit kapas & basahkan dengan campuran tadi & sumbat kapas ke dalam gigi yg sakit itu.Awas!! anda akan merasa sedikit pedas!!

bengkak gusi

Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya

2)Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.

gusi berdarah

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.

Petua Cantik(bahagian Muka)

Urutan wajah cara betul


Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Awet Muda/seri muka

1)Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

2)) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

3) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Hilangkan jerawat dan gebukan wajah

Mula-mula,ambil susu tepung(kadar yg mahu),perahkan air perahan limau purut. campurkan sedikit madu ke dlm adunan tadi dan kacaukan ia hingga sebati. kemudian.. sapukan ke wajah (buat macam masker) dan tunggu ia sampai kering... selamat mencuba

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Kulit cerah dan berseri

Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

Menghaluskan Kulit Muka

(1) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

(2) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu,kedua, sapukanmarjerin pd bibir sebelum tidur.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Petua Cantik (Bahagian hidung)

Penawar Resdung

mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Petua Cantik (BAhagian Mata )

Bahagian mata


Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata

Menghitam dan Melebatkan Bulu mata

cuba amalkan menyapu air teh yang pekat pada bulu mata setiap malam sebelum tidur!

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

ubat sakit mata

seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari.

Menghilang Ketumbit Mata

ambil bawang merah, potong 2 sapukan pada ketumbit

Petua Cantik(Bahagian Kepala)

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Melebatkan Rambut

(1) Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

(2) Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

daun rambutan merawat gatal kulit kepala

caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. amalkan dua minggu sekali.

wangikan rambut

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.

rambut hitam lambat beruban

Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

minyak tanah hilangkan kutu

melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

arang kayu perapi rambut

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan pada rambut setiap hari dan cucilah.

rambut hitam berkilat/melembutkan rambut

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

FREE Web Hosting

Khamis, Januari 14, 2010

If you wish to have a professional shared hosting quality in a free hosting package, come and host with 000webhost.com and experience the best service you can get absolutely free.




Founded in December 2006, 000webhost.com has a trusted free hosting members base of over 60,000 members and still counting! Offering professional quality hosting, support, uptime and reliability, we have a great community of webmasters, you'd love to be a part of!



Register now and get it all free:

*** 1500 MB of disk space

*** 100 GB of data transfer

*** PHP and MySQL support with no restrictions

*** cPanel control panel

*** Website Builder

*** Absolutely no advertising!



Join us now: http://www.000webhost.com/252964.html

Senaman bahu

Selasa, Januari 12, 2010

BARBELL behind the neck press adalah cara efektif merangsang bahagian anterior (depan) dan lateral (sisi) deltoid. Bagaimanapun, tekanan yang diletakkan ke atas posterior (belakang) adalah minimum dan agak kurang ketika mengangkat barbell.

Ini adalah senaman bahu yang baik kerana memberi tumpuan kepada bahagian belakang serta mengurangkan penggunaan bahagian depan deltoid. Selain itu, ia turut membantu membina bahagian belakang dan tengah deltoid.
 
Langkah

1. Pilih barbell dengan berat sesuai.

2. Genggam palang barbell. Pastikan tapak tangan menghadap badan dan jarak antara kedua-dua tangan lebih kurang sama dengan jarak di antara kedua-dua bahu.


3. Dengan berhati-hati, letakkan barbell di belakang badan anda. Pastikan keadaan torso anda terasa regangan dan bahagian belakang pula dalam keadaan tegak.

4. Sambil memastikan bahagian torso dalam keadaan tegak, tolak barbell ke atas sehingga lengan anda lurus.

5. Kekalkan postur badan yang baik dan dengan perlahan-lahan, turunkan barbell ke belakang tengkuk. Ulang pergerakan ini sebanyak mana yang anda mampu.

Tip

  • Jangan lupa menarik nafas ketika menurunkan barbell dan menghembuskan nafas ketika menolak barbell ke atas.


  • Ketatkan abdomen ketika melakukan senaman ini dan pastikan anda mengekalkan postur yang baik sepanjang melakukannya.

  • Makanan Dan hikmahnya

    Roti (khubz)

    Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

    Jintan Manis (anisun)

    Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

    Epal (tuffah)

    Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

    Asparagus (hiyawn)

    Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

    Pisang (mawz)

    Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

    Barli (sya'ir)

    Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

    Selasih (manis rayhan)

    Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

    Mentega (zubdah)

    Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

    Bunga kubis (qunnabit)

    Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

    Chamomile (babunaj)

    Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

    Lobak merah

    Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

    Biji kopi (qahwah)

    Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

    Biji hitam (habb al sauda)

    Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

    Ayam (dajaj)

    Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

    Kulit kayu manis (darchini)

    Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

    Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

    Timun (qitta')

    Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

    Jintan putih (kammun)


    Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

    Tamar kering (tamr)

    Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

    Terung (badhijan)

    Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

    Telur (baydah)

    Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

    "Endive" (hindiba)

    Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

    Fenugreek (Hulbah)

    Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

    Buah Ara fig (fin)

    Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

    Ikan (samak)

    Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

    Bawang putih (thum)

    Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

    Minyak sapi (samn)


    Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

    Halia (zanjabil)

    Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

    Inai (hinna)


    Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

    Madu lebah(a'sal)

    Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

    Kekacang (a'das)

    Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

    Salad (khass)

    Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

    Daging (lahm)

    Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

    Daging kuda

    Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
     

    Related Posts with Thumbnails

    Ukur Kelajuan Blog Anda

    Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
     
    (eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
     

     
    AHLEN © 2008 Por Dekma