Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Kencing Manis/Diabetes

Isnin, Disember 14, 2009

Sejarah:
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun
 Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang
melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar
 perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak
 abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani
(Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya
ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara
 amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya)
 dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan
sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam
 darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.




Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air
 kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar
pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar
sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan
membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan
 hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai
pengawal kandungan glukos dalam darah.

..........
Pengawalan:
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat
 menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

Penjagaan pemakanan dan berat badan

  1. Kerap bersenam
  2. Pengubatan
  3. Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan
betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga
pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau
suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin
Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan
kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama
 mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk
 pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan (penurunan sensitiviti) tisu badan
terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana
masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan
 makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan
 ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan
 kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
.............................
..................

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma