Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Jodoh Tidak Datang Dengan Sendirinya...

Khamis, Disember 10, 2009

SEGELINTIR melabelkan lelaki sebagai buaya jika dia suka bertukar pasangan. Namun apabila berdepan
 dengan lelaki pendiam mahupun lurus bendul, mudah pula melontarkan kata-kata yang jejaka itu
 'kayu', tiada perasaan dan sebagainya.

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita,
 perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah
 bagi semua orang.

Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam?
Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa
mengendahkan keadaan senggang si dia.

Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila
dihubungi, takut mengganggu dirinya.
Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu untuk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa
melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar mengungkapkan apa yang terpendam.
 Justeru, bagaimana mahu memulakan suatu persahabatan, menjalinnya penuh berhemah dan seterusnya
mengikat hubungan yang lebih serius?

Petua berikut mungkin berguna buat anda yang berkira-kira untuk memulakan suatu persahabatan yang
suci:

# Cari masa yang sesuai

Ada kalanya, secara tidak sengaja adalah 'saat paling indah dalam kehidupan manusia'. Ia juga
mungkin masa paling sesuai.

Ada ketikanya, anda takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia mungkin sibuk tetapi tanpa
diduga, dia juga menunggu anda. Jika masa untuk menghubungi itu tepat lalu perbualan akan menjadi
semakin rancak dan menarik. Malah lebih banyak anda mengenali keperibadiannya.

Tetapi harus diingat, pagi adalah waktu paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Masa
senggangnya mungkin ketika makan tengah hari.

Namun, waktu paling baik adalah malam kerana semua beban kerja sudah tiada. Pandai-pandailah
mengolah bicara jika pancing sudah mengena.

# Lebih berkeyakinan

Tidak mencuba tidak tahu. Malah 'makanan' tidak akan masuk ke dalam mulut kalau kita tidak
menyuapnya.

Sama dengan usaha kerana tanpa usaha, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang
 kita minat itu dipikat orang lain.

Sebaiknya, tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani saja akan berjaya mencapainya.
 Dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah "pertahanan" terakhir dalam
 diri anda.

# Jangan buang masa

Sebenarnya, lebih lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Kesungguhan antara
 faktor serta daya penarik kerana si dia beranggapan anda benar-benar serius ingin menjalin
hubungan baru dengan dirinya.

# Perlu tahu apa yang anda lakukan

Ini sangat penting kerana ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar suka-suka. Ada orang
 pula ingin mencari jodoh dan mengimpikan ia berakhir di jenjang pelamin. Justeru, sebagai lelaki
anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri.

Segelintir yang ingin berkenalan sekadar ingin menambah koleksi bilangan teman wanita. Sebagai
lelaki, fokus pada kehendak anda.

Jangan hanya dicabar teman lalu anda berusaha memikat hati si wanita dan apabila sudah dapat,
anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan menghancurkan hati serta
 perasaan orang lain.

# Teruskan persahabatan

Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskan sehingga ada sesuatu yang
menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh.

Ini hanya membuang masa anda dan dirinya. Malah ia juga tidak baik kerana membabitkan soal hati.
 Apapun, cari masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima
keadaan dengan sebegitu mudah.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma