Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Diabetes wanita Hamil

Jumaat, Disember 18, 2009

Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika
 hamil walaupun pada zahirnya mereka sihat dan tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Ini adalah
 disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan
begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan
seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika
 sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan
tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan timbul.

  Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi kencing manis sebelum
 hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan
pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil.
  Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap
 bayi dalam kandungan dan jugap ada ibu yang sedang mengandung.

  Sesetengah wanita mempunyai potensi untuk menghidap poenyakit diabetes ketika hamil. Ciri-ciri
 ini seperti berikut:

·    Jika ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik menghidap penyakit kencing manis,
 wanita itu juga mempunyai kemungkinan menghidap penyakit yang sama. Ada kemungkinan, penyakit ini
timbul.

·    Wanita yang pernah mengalami keguguran khususnya keguguran berulang-ulang kali atau keguguran
 yang berlaku selepas kehamilan mencapai ke peringkat empat bulan atau lebih.

·    Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar khususnya melebihi 10 paun.

·    Wanita yang pernah mengalami masalah kerumitan bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja
dilahirkan.

·    Wanita yang terlalu gemuk iaitu melebihi had timbangan bagi ukuran tingginya.

·    Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.

  Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan jagaan dan pemeriksaan rapi ketika
 hamil supaya gejala tersebut tidak berulang dalam kehamilan berikut. Kencing manis juga boleh
dikawal pada kehamilan seterusnya.

  Penyakit diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil, boleh menimbulkan  berbagai-bagai gejala
 kepada kandungan.

Keguguran di peringkat awal boleh berlaku dan lebih kerap terjadi di peringkat empat hingga lima
bulan. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku sebelum dilahirkan. Biasanya jika tidak mati
dalam kandungan timbangan bayi yang dilahirkan itu lebih berat dari bayi normal. Bayi yang besar
ini, boleh menimbulkan kesukaran ketika lahir. Kadangkala keadaan ini boleh menjejaskan proses
kelahiran sehingga kelahiran secara normal tidak boleh berlaku dan pembedahan perlu dilakukan.
Bayi yang terlalu besar akibat diabetes juga boleh menimbulkan kesulitan ketika melahirkannya
secara forsep atau cara lain. Ada kemungkinan kepala bayi atau bahunya akan menimbulkan kecederaan
 atau kematian. Bayi yang dilahirkan oleh ibunya yang menghidap penyakit diabetes juga boleh
mengalami masalah pernafasan atau kekuningan (jaundice). Jika bayi mengalami masalah pernafasan,
 keadaan ini bnoleh mengakibatkan kematian pada peringkat awal iaitu sejurus selepas dilahirkan.

Apakah Kesan Diabetes Kepada Ibu?
Seperti yang dijelaskan, wanita yang mempunyai ciri untuk menghidap penyakit ini, berkemungkinan
 akan mendapatnya. Proses ini dicetuskan melalui kehamilan khususnya jika ia berlaku berulang-kali.
Kehamilan adalah dianggap sebagai satu keadaan yang menekan (stress) perimbangan hormon. Setiap
kali kehamilan berlaku tekanan ini akan mengganggu perimbangan hormon, yang akhirnya akan
mencetuskan penyakit diabetes. Penyakit kencing manis biasanya menjadi lebih terus dan tidak
 stabil di kalangan wanita hamil yang telah diketahui menghidap penyakit ini. Dia memerlukan
 ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penyesuaian ubat adalah penting dilakukan
 dengan rapi untuk mengatasi masalah yang mungkin dialami oleh bayi dalam kandungan.

Apakah Tanda Kencing Manis?
Biasanya penyakit kencing manis ketika hamil tidak mempunyai sebarang tanda. Oleh itu, jika wanita
 hamil itu mempunyai ciri-ciri seperti yang saya nyatakan tadi, penting baginya menjalani ujian air  kencing. Wanita hamil perlu mendapat jagaan waktu mengandung sejak diperingkat awal. Jika dia
didapati menghidap penyakit diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Biasanya air kencing
penghidap penyakit diabetes didapati mengandungi gula.Walaupun begitu, tidak semua air kencing
wanita hamil yang mengandungi gula menghidap penyakit diabetes. Sesetengah mereka hanya mengalami
 masalah di buah pinggang. Organ tidak boleh menahan kebocoran gula daripada darahnya mengakibatkan
 gula keluar menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme
penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Walaupun demikian ini tidak menandakan satu
penyakit.

  Untuk memastikan sama ada wanita hamil itu menghidap penyakit diabetes atau tidak, satu ujian
khusus yang digelar glucose tolerance test (GTT) dilakukan. Ujian ini dilakukan setelah wanita itu
 berpuasa pada sebelah malam dan paginya. Air gula akan diberikan setelah darahnya diambil dan air
 kencingnya diperiksa. Kemudian contoh darah dan air kencing diambil setiap setengah jam sekali
sehingga dua jam lamanya. Melalui ujian ini satu bentuk graf boleh didapati dan dari sini akan
dapat ditentukan sama ada seseorang wanita itu menghidap penyakit diabetes atau tidak.

Cara Menangani Masalah Kencing Manis
Sebagai langkah pertama, wanita itu mestilah menentukan badannya tidak terlalu gemuk.
Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung.
Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.

  Jika seseorang wanita melebihi had timbang beratnya, dia perlu mendapat nasihat daripada pakar
 pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang sewajarnya. Wanita yang mempunyai ciri-ciri
penyakit ini perlu sentiasa berwaspada dan mendapat nasihat doktor kemungkinan dia mendapat
penyakit diabetes apabila hamil. Ketika hamil pula dia perlu mendapat jagaan dan pemeriksaan air
kencing dengan secepat mungkin.

Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi
adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh
 diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat
logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang.

  Jika didapati seseorang wanita itu menghidap penyakit kencing manis, dia perlu mendapat rawatan
yang rapi dari doktor pakar. Biasanya jagaan waktu hamil dan rawatan diabetes dilakukan bersama
oleh pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan. Ubat antidiabetes atau suntikan ubat insulin
perlu disesuaikan dengan keadaan diabetesnya. Ini perlu pengawasan dan kawalan yang rapi supaya
 ia tidak melebihi atau tidak kurang daripada dos yang dikehendaki.

  Biasanya ibu hamil yang mengalami diabetes, akan melahirkan anak secara normal sekiranya dia
mendapat jagaan yang rapi. Andainya timbul sesuatu masalah seperti penyakit kencing manisnya tidak
boleh distabilkan atau ada tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan terancam nyawanya, ada
 kemungkinan kelahiran dilakukan secara pembedahan. Keadaan ini jarang berlaku. Sebahagian besar
 ibu ini bersalin secara normal, walaupun ada sebilangan kecil yang perlu melahirkan anak lebih
cepat menerusi induction of labour.

  Penyakit diabetes tidak begitu membahayakan ibu pada keseluruhannya, tetapi ia boleh mengancam
kandungan. Kadar pembaziran menerusi pengguguran zuriat dan kematian bayi adalah lebih tinggi di
kalangan ibu ini. Dewasa ini kejadian penyakit diabetes semakin berleluasa kerana biasanya
penghidap diabetes mempunyai jangka hayat yang normal dan mereka melahirkan anak yang berkemungkinan
 besar akan menghidap penyakit tersebut.

  Dengan keadaan sosioekonomi lebih baik, wanita kita tidak dapat mengawal pemakanan mereka.
 Timbang berat melebihi had normal dan ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit diabetes
 ketika hamil.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma