Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Bagaimana Atasi Kemarahan..

Khamis, Disember 10, 2009

Rasa marah dimiliki setiap manusia normal. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana kita mengawal
atau meluahkan kemarahan? Individu yang sering marah tidak tentu pasal ini mungkin mengalami
masalah untuk menguruskan emosi marah yang bersarang dalam hati.
Kehidupan mencabar selain faktor persaingan dan stress menjadi antara punca ramai antara kita
sukar mengawal emosi.

Kemarahan bukanlah perasaan negatif, namun ia boleh menjadi negatif jika seseorang meluahkan rasa
marah melalui kaedah tidak wajar. Contohnya, melakukan kekerasan terhadap diri sendiri atau orang
lain serta merosakkan harta benda.

Jika tidak ditangani secara rasional, emosi marah yang tidak melampau boleh melarat kepada perkara
lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri.

Sehubungan itu, jika anda mudah marah dan sikap negatif itu sering mengundang kesusahan kepada
orang lain, anda perlu mencari alternatif menanganinya.

Apa sebenarnya perasaan marah dari sudut psikologi?

Marah atau anger merujuk kepada keadaan emosi sesuatu yang hidup (haiwan atau manusia). Emosi ini
mempunyai takat atau darjah tertentu daripada yang rendah kepada yang tinggi, iaitu keadaan
terganggu atau sakit hati (pendam) kepada perlakuan yang lebih teruk iaitu keganasan atau
membabitkan aksi fizikal terhadap rangsangan yang menjadi punca sakit hati.

Marah tergolong dalam kategori tingkah laku agresif yang juga dianggap sebarang tingkah laku yang
mempunyai niat untuk menyakiti atau mencederakan orang lain atau diri sendiri secara fizikal atau
psikologikal.

Definisi ini jelas menunjukkan tindakan mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri juga
dikategorikan sebagai agresif. Ini kerana ia merujuk kepada emosi marah dan perlakuan tertentu
untuk melepaskan kemarahan.

Apakah punca yang menyebabkan seseorang marah?

Punca timbulnya emosi marah sangat banyak. Ia dibahagikan kepada dua iaitu faktor iaitu luaran dan
dalaman. Faktor luaran termasuklah provokasi daripada orang lain, kekecewaan dan persekitaran yang
mengganggu atau menyekat kehendak.

Misalnya, kesesakan lalu lintas, penangguhan penerbangan dan seumpamanya. Selain itu, kemarahan
juga disebabkan sifat individu yang sangat sensitif, lekas naik baran, terlalu bimbangkan masalah
yang dihadapi dan mungkin didorong trauma terhadap sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Semua ini
mendorong kepada hilangnya pertimbangan dan tahap kesabaran.

Dalam menerangkan mengapa tingkah laku agresif itu berlaku, ada beberapa pendekatan yang diguna
pakai oleh ahli psikologi. Pada dasarnya, pendekatan ini berkaitan dengan perdebatan antara
pengaruh pewarisan lawan pembelajaran (nurture versus nature) yang mendominasi perbincangan
sebab-musabab tingkah laku sejak awal perkembangan psikologi moden.

Pandangan yang berpihak kepada faktor baka (nature) berpendapat, marah berpunca daripada keinginan
dalaman atau sifat semula jadi manusia yang diwarisi atau desakan dalaman yang dikenali sebagai death wish. Hal ini berdasarkan kepada sejarah manusia itu sendiri yang sememangnya suka berperang dan berkelahi seperti haiwan.

Manakala pandangan yang berpihak secara eksklusif kepada sosiolisasi (nurture) adalah seperti teori
dorongan dan teori pembelajaran. Dalam diri manusia, sentiasa muncul keinginan yang tidak tertahan
apabila berdepan dengan sesuatu rangsangan. Misalnya marah, akan diikuti dengan perkataan kesat
atau perlakuan tertentu. Ini semua dipelajari dari persekitaran sosial kita berada.

Contohnya, cara kita meluahkan perasaan marah atau mengeluarkan perkataan kesat akan dipelajari
atau ditiru anak-anak. Pandangan ahli psikologi moden pula mengambil jalan tengah di antara
kedua-dua pendekatan nurture vs nature ini iaitu dengan menyifatkan ia sebagai model perasaan
agresif umum (general affective aggression model), mengambil kira semua faktor dalaman atau luaran
yang membawa kepada emosi atau perlakuan marah.

Sejauh mana tahap emosi marah yang disifatkan normal?

Kemarahan adalah normal. Malah, manusia yang tiada langsung sifat marah boleh dianggap tidak normal
. Apa yang penting ialah bagaimana mengawal kemarahan supaya tidak merosakkan diri sendiri.

Bertindak agresif apabila marah juga adalah biasa dan melepaskan kemarahan adalah sesuatu yang
biasa. Manusia normal akan sentiasa mempertahankan diri mereka apabila diserang, maka mereka perlu
mempertahankan diri untuk survival.

Namun, kita tidak boleh sesuka hati melakukan tindakan agresif untuk melepaskan emosi marah. Ini
kerana kita ada peraturan dan norma sosial yang perlu dipatuhi.

Bagaimana cara yang dianggap wajar untuk meluahkan kemarahan?

Pelbagai cara untuk melepaskan emosi marah. Seseorang individu biasanya menggunakan kaedah
melepaskan marah secara terus melalui perkataan, memendam atau menahan dalam hati ataupun bertenang
serta memujuk hati bersabar.

Meluahkan marah secara overt (perkataan) tertentu adalah cara yang baik berbanding bertindak secara
fizikal kerana ia tidak mencederakan atau menyakitkan orang lain.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan melampau juga kadangkala boleh membangkitkan perasaan marah
orang lain. Justeru, kita perlu berhati-hati supaya perlakuan kita ketika meluahkan marah tidak
merosakkan diri sendiri atau orang lain.

Cara kedua ialah memendamkan rasa marah. Oleh kerana marah adalah sesuatu yang negatif, sesetengah
orang bertindak dengan cara memendamkannya dan kemudian perasaan marah bertukar kepada sesuatu
yang lebih positif.

Contohnya, anda marahkan perangai anak atau pasangan anda. Langkah paling positif adalah pendamkan
perasaan marah dan lakukan perkara lain yang dapat mengalihkan perasaan pada waktu itu sekali gus
meredakannya.

Tujuannya adalah untuk mengelak kita melakukan perkara negatif dan merosakkan orang lain serta
menukar kepada tingkah laku yang lebih bermanfaat. Namun, cara begini dikatakan kurang sihat untuk
diri sendiri. Ini kerana memendam kemarahan boleh mengakibatkan tekanan perasaan, tekanan darah
dan kemurungan.

Kegagalan melepaskan kemarahan akan membuatkan seseorang mencari alternatif lain. Antaranya,
memilih cara yang tidak sepatutnya seperti ilmu hitam, ugutan, merosakkan reputasi, membuat
kritikan sinikal dan seumpamanya.

Cara ketiga ialah bertenang. Tidak ramai yang boleh melakukannya kerana ia memerlukan tahap
kesabaran dan iman yang begitu tinggi. Melalui cara ini, seseorang bukan saja mengawal diri dari
terjerumus dalam perkara merosakkan tapi turut memujuk hati anda supaya bertenang dan mengawal
diri dari dipengaruhi emosi tidak menentu hinggalah perasaan marah itu hilang.

Apa itu pengurusan kemarahan atau anger management?

Pengurusan kemarahan adalah teknik mengurangkan emosi marah dan reaksi fisiologi yang timbul
apabila marah. Kita tidak mungkin menghapuskan kemarahan sepenuhnya, tapi kita boleh mengurangkannya
dan belajar menanganinya.

Jika kita rujuk semula komponen afektif keagresifan, kita dapati perasaan negatif adalah antara
sebab tingkah laku ini berlaku. Perasaan yang tergolong di sini pula adalah kemarahan. Ini bermakna
, jika kemarahan dapat dikawal, maka keagresifan juga dapat dikawal.

Segelintir ahli psikologi mencadangkan beberapa teknik bagi mengurangkan kemarahan iaitu ;

* Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan
kognitif.
* Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi
dari perspektif mereka.
* Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain
sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
* Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting
dan tidak membawa apa-apa kesan.
* Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
* Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu
yang agresif.

Jenis individu bagaimana yang perlu mempraktikkan anger management?

Ia bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor peribadi atau personaliti individu. Satu antara aspek
personaliti yang perlu dilihat adalah kehadiran personaliti jenis A. Pola personaliti jenis A
merangkumi sikap kompetitif yang tinggi, sentiasa mengejar masa, mudah meradang dan bersikap pemarah.
Individu yang mempunyai personaliti jenis ini dikaitkan dengan mudahnya mendapat serangan jantung.
Individu personaliti jenis B pula bertentangan dengan jenis A yang mana individu A lebih agresif
berbanding individu B. Keagresifan adalah lebih tinggi di kalangan golongan lelaki jenis A di mana
mereka mempunyai hormon testosteron yang lebih tinggi.

Individu jenis A lebih cenderung melakukan penderaan terhadap kanak-kanak atau pasangan mereka.
Selain itu, ada juga orang yang memiliki personaliti psychopath yang mempunyai kecenderungan untuk
bertingkah laku agresif ganas atau violent.

Individu psychopath disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tiada simpati, rasa harga diri
terlalu tinggi dan ketiadaan sensitiviti terhadap hukuman. Individu begini cenderung untuk
bertingkah laku ganas dan selalu dimotivasikan matlamat tertentu.

Misalnya, pembuli di sekolah, kebanyakan pembuli tidak berperasaan dan memilih mangsa secara
spesifik untuk memperoleh sesuatu ganjaran. Individu psychopath melihat agresif sebagai sesuatu
yang memberi ganjaran.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma