Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Gerhana Bulan Tahun Baru 2010

Khamis, Disember 31, 2009


Satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.

Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi.

Serentak dengan itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu.

Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam.

Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan ( 6 orang )


Untuk Ayam

• 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

• ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

• ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

• 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

• 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

• 1 sudu besar Serbuk Kunyit

• ½ sudu besar Serbuk Lada Putih

• 3 ulas Bawang Putih

• 1cm Halia

• Sedikit Air

• 1 sudu kecil Garam

• Minyak masak untuk menggoreng.

• Untuk Sambal

• Sedikit minyak masak

• 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)

• 10 biji Cili padi

• 10 biji Bawang kecil/merah, hiris

• 3 biji Bawang putih, hiris

• 5 biji Tomato, potong 4

• 5 cm Belacan

• 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit

• 3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

• 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

• 3 ulas bawang putih

• satu btg kayu manis

• 4 biji buah pelaga

• 2 kuntum bunga lawang

• sedikit butter

• garam

• kiub pati ayam/daging

• 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

1.Untuk Ayam Penyet

2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- perap lama2 cenggini best.

4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7.Untuk Sambal

8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

14.Masukkan gula merah dan gaul rata.

15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

16.Untuk Sup

17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

19.Untuk Nasi

20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

FBI dedah fail siasatan Michael

Khamis, Disember 24, 2009



Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kelmarin mendedahkan ratusan muka surat fail-fail siasatan penyanyi Michael Jackson.

Antara pendedahan itu ialah FBI membantu siasatan pencabulan kanak-kanak melibatkan Michael yang popular dengan panggilan Jacko.
Agensi itu mengeluarkan lebih 300 muka surat melibatkan beberapa dokumen berkaitan Michael yang meninggal dunia pada Jun lepas semasa berumur 50 tahun kerana pengambilan ubat terkawal secara berlebihan.

Dokumen-dokumen itu tidak mengandungi sebarang maklumat terbaru mengenai kematian misteri Michael yang menjadi kes jenayah membabitkan doktor peribadi penyanyi tersebut, Conrad Murray.
Bagaimanapun, fail-fail itu mendedahkan maklumat mengenai satu komplot pada 1992 membabitkan seorang penghendap yang mengancam untuk membunuh Michael.

Lelaki itu turut membuat dakwaan palsu bahawa dia adalah anak Ketua Mafia New York, John Gotti.
Beberapa lagi dokumen menyatakan, FBI menghulurkan bantuan dalam siasatan berhubung dakwaan pencabulan kanak-kanak terhadap Michael dari tahun 1993 hingga 2003.
Raja Pop itu akhirnya bebas dari semua tuduhan pencabulan kanak-kanak pada perbicaraan di California pada 2005.

Seksa Wanita

Rabu, Disember 23, 2009

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun:


*mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat
oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.


*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah suka mengumpat dan pendusta.


*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah tidak boleh menjadikan sesuatu perkara itu remeh temeh
dan ingatlah setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat ganjaran tidak kira samada dosa atau pahala.

Berhati3 lah setiap perkara yang akan dilakukan,berfikir itu lebih baik daripada mengikut hawa nafsu.
Hati yang suci mencerminkan wajah yang suci bersih bercahaya..
berfikir dahulu sebelum bertindak,tidak mengikut perasaan.
INGATAN: wanita mempunyai satu akal, dan tangan (wanita yang mempunyai satu akal ini) yang menghayun buaian
mampu menggoncang dunia.

Bacaan Yasin

Selasa, Disember 22, 2009

"SESUNGGUHNYA bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi)
Surah Yasin sudah pastinya merupakan salah satu surah yang paling popular dan banyak dibaca oleh umat Islam seluruh dunia.
Bahkan di negara kita, surah ini menjadi kemestian dalam pelbagai acara atau majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat serta apabila berlaku kematian.
Kebiasaan ini bertepatan dengan pemahaman kita bahawa surah Yasin ini mengandungi banyak kelebihan atau kaifiat bagi mereka yang mengamalkannya.
Kenyataannya, bacaan Yasin merupakan penghibur hati, penawar duka cita bagi yang ditimpa kesusahan, penguat perbendaharaan bagi yang kekurangan, tiang bagi yang mengharap dan tangga bagi yang berhajat.

Anak Pintar

ANAK adalah anugerah Allah SWT yang tidak ada tolok banding nilainya. Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.

Tidak mungkin ada yang dapat menyangkal kenyataan bahawa kehadiran anak melengkapkan 'makna' sebuah keluarga.

Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.

Bagaimanapun dalam mengharungi cabaran kehidupan hari ini yang semakin moden dan terbuka, mendidik anak menjadi tugas yang semakin sukar sekali gus memerlukan kemahiran dan pengetahuan tersendiri sebagai panduan menjadikan mereka manusia yang berilmu.

Tetapi sekiranya ibu bapa dikurniakan dengan anak pintar, itu merupakan satu 'bonus' yang seharusnya disyukuri malah mereka tidak seharusnya mendabik dada dengan apa yang diberikan.

Walaupun begitu, mereka harus pandai serta tahu bagaimana hendak mengendalikan anak pintar kerana sekiranya tersilap 'percaturan' keistimewaan yang dimiliki tidak akan berkembang.

''Di Malaysia populasi kanak-kanak yang berumur antara 0 hingga 14 tahun pada tahun 2008 sahaja mempunyai 8.9 juta dan dua peratus daripada angka tersebut ialah 178,000 orang.

''Ini bermakna kita mempunyai ramai kanak-kanak pintar tetapi mungkin 'keistimewaan' ini tidak dapat dikesan oleh ibu bapa atau tidak nampak menjadikan mereka ini seperti kanak-kanak normal yang lain.

''Sehubungan itu ibu bapa sendiri perlu peka di samping menyokong dan menggalakkan apa yang ingin mereka lakukan.

Bagaimanapun, kanak-kanak pintar yang diklasifikasikan tidak semestinya pintar di dalam semua bidang tetapi hanya di dalam sesuatu bidang sahaja.

Malah kepintaran itu sendiri mempunyai tahap yang berbeza-beza seperti sangat pintar dan sederhana.

Secara asasnya kepintaran kanak-kanak ini dapat dikenalpasti dengan memerhatikan perkembangan mental mereka yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Sebagai contoh, anak yang berusia 10 bulan sudah pandai membaca ataupun anak yang berusia setahun sudah pandai bermain piano.

Begitu juga kebolehan kanak-kanak berusia 10 tahun menyelesaikan soalan Matematik peringkat sekolah menengah.

Mengulas lanjut mengenai ada sesetengah ibu bapa mengatakan kanak-kanak pintar ini tidak sesuai belajar di sekolah biasa sebenarnya salah.

Mereka yang dikategorikan pintar hanya di dalam bidang-bidang tertentu dan bukannya semua malah usia mereka memerlukan mereka bergaul dengan rakan sebaya dan digalakkan bersekolah seperti kanak-kanak normal untuk perkembangan sosio- emosi masing-masing.

''Dalam hal ini, apa yang boleh dilakukan ialah ketika di sekolah, guru-guru perlu memberikan perhatian khusus kepada kanak-kanak pintar ini.

''Walaupun hari ini tidak ramai kanak-kanak pintar yang dapat dikesan, tetapi perlu adanya program khas untuk mereka.

''Pada masa yang sama, misalnya kanak-kanak tersebut pintar dalam mata pelajaran Matematik, guru perlu mengasingkan mereka ini daripada rakan yang lain hanya khusus untuk mata pelajaran tersebut,
Dalam hal ini ibu bapa juga perlu bersedia dan jangan cepat panik.

Malah mereka perlu meningkatkan pengetahuan dengan meluaskan pembacaan selain melayari laman web berkaitan.

Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak pintar ini dan bukannya hanya membiarkan mereka tanpa sebarang bantuan atau sokon

Perempuan tak pandai simpan rahsia?

Perkara yang dianggap rahsia tetap rahsia. Kalau kita ada masalah dengan suami, biarlah ia menjadi rahsia dan selesaikanlah melalui pendekatan menarik rambut dalam tepung. Janganlah bila didedahkan semuanya, masalah itu menjadi bertambah kusut.
Selain itu, ada pula kaum wanita yang suka sangat cerita rahsia orang lain, dalam istilah mudah mengumpat. Walaupun orang yang menceritakan rahsia itu mahu ia dirahsiakan tetapi kesudahannya satu pejabat tahu.
Sepatutnya apabila orang menceritakan sesuatu perkara yang dianggap rahsia, kita harus menjaga amanah tersebut bukannya menceritakan kepada orang lain sesuka hati.
Sebab itulah tahap menyimpan kerahsiaan di kalangan kaum wanita agak rendah berbanding lelaki. Ini fakta, Bukan tuduh sebarangan, kalau tak percaya kajilah, siapakah golongan paling ramai mendedahkan sesuatu rahsia terutamanya melibat soal peribadi termasuk rumah tangga.
Oleh itu saya berharap, perempuan yang ada 'penyakit' tak tahu siapa rahsia ini, belajar-belajarnya untuk mengawal diri. Kalau hari ini kita tidak boleh menyimpan rahsia orang, mungkin satu hari orang tidak boleh menyimpan rahsia kita.
Janganlah seronok sangat mendedahkan sesuatu perkara yang dianggap rahsia kerana kesannya amat buruk.

Ajar anak anda nilai2 murni

Siapa antara kita kerap menerima ucapan terima kasih apabila tolong menekan butang ‘buka’ pada lif atau memegang pintu supaya orang lain juga dapat masuk atau keluar?

Adakah ucapan terima kasih ini lancar keluar dari mulut anda apabila orang melakukannya kepada anda? Sebelum kita melabel orang lain kurang sopan, tanya diri sendiri adakah anda orang yang bersopan.

Tahukah anda, mengumpat atau mengata juga dikategorikan sebagai tindakan tidak sopan? Berapa kali anda memotong barisan ketika mahu membuat pembayaran di pasar raya?

Pernahkah anda melihat orang mencampakkan wang ke atas meja kaunter dan bukan menyerahkan wang bayaran ke tangan juru wang? Apa perasaan anda jika anda di tempat juruwang berkenaan?

Apabila anda membuat panggilan telefon, khususnya ke talian rumah, adakah ia dimulakan dengan ucap salam atau terus bertanyakan orang anda cari ada atau tidak.

Lebih buruk jika anda bertanya ‘awak siapa’ atau ‘siapa ni?’ kepada orang yang menjawab panggilan dan bukan memperkenalkan diri anda terlebih dulu.

Selain itu, berapa ramai terus memutuskan talian tanpa meminta maaf apabila tersilap membuat panggilan?

Ini antara serpihan contoh sikap kurang sopan di kalangan masyarakat kita. Kalau masuk bab kebiadaban di jalan raya, lagi panjang isunya.

Budi bahasa dan kesopanan tidak diwarisi, sebaliknya ia perlu dipelajari dan dijadikan amalan sepanjang hayat.

Secara umumnya, orang kita memang miskin dan kedekut untuk meluahkan kata pujian atau penghargaan bukan saja untuk orang sekeliling, bahkan kepada ahli keluarga sendiri.

Ibu bapa yang kedekut dengan kata-kata penghargaan secara tidak langsung melahirkan anak kurang sopan dan tidak pandai menghargai orang lain.

“Bagi saya, orang Malaysia pandai menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Apabila ada di satu-satu negara, kita berkelakuan seperti orang di sana.

“Jika penduduk di sana bersopan santun, kita terikut cara mereka. Cuma masalahnya apabila di negara sendiri, nilai berkenaan tidak diteruskan.

“Budaya masyarakat turut mempengaruhi perkara ini kerana bagi masyarakat Barat, perkataan yang dianggap ‘terlalu mesra’ di sini seperti ‘love, dear dan honey’ adalah biasa yang boleh digunakan kepada sesiapa saja sebagai pengganti nama.

“Bahkan, ada berpendapat isu bahasa seperti perkataan ‘please’ yang diterjemah kepada ‘tolong’ seolah-olah kita mengharapkan pertolongan orang.

“Memang tidak dapat dinafikan, budaya murni dan budi bahasa boleh hilang dengan pengaruh persekitaran atau apabila ada dalam komuniti baru.

“Contohnya di kalangan remaja; walaupun sejak kecil dididik dengan baik tetapi apabila bercampur dengan rakan sebaya, seseorang itu terikut cara rakan supaya dia dapat diterima dalam kumpulan berkenaan.

“Bagaimanapun dalam soal budi bahasa, tugas utama dipikul ibu bapa untuk dipupuk pada anak sejak kecil. Ia perlu dijadikan cara hidup kerana anak daripada keluarga yang cantik budi bahasanya dan pertuturannya menjadi individu lebih baik,” katanya.

Satu perkara yang kadangkala orang terlepas pandang ialah penggunaan bahasa di kalangan ibu bapa atau individu dewasa. Usah mengharapkan anak menggunakan perkataan baik dan sopan jika anda sebagai ibu bapa bercakap kasar.

Kanak-kanak umpama span yang menyerap segala perkara yang mereka lihat dan dengar. Yang menyedihkan, tabiat buruk itu lebih mudah diikut berbanding tabiat baik.

Jika sejak lahir terdedah kepada bahasa kasar, mereka menganggapnya sebagai perkara normal dan bahasa sama boleh digunakan apabila bercakap dengan orang lain.

“Sesetengah ibu bapa menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘engkau’ ketika bercakap dengan anak tanpa menyedari ia perkataan ganti diri yang kasar.

“Ia memberi kesan negatif kepada anak kerana mereka juga menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘engkau’ di kalangan adik beradik dan rakan.

“Cara terbaik ialah menggunakan perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ atau nama sendiri. Bagi ibu bapa, mereka boleh gunakan perkataan ‘ibu’ atau ‘ayah’ apabila bercakap dengan anak.

“Ini secara tidak langsung mengajar anak menggunakan ganti nama diri yang sopan selain meletakkan mereka sebagai individu yang perlu dihormati,” katanya.

Sekolah peradaban

Semua masyarakat ada kesopanan tersendiri dan sejak berabad lalu ia menjadi antara perkara utama dalam hidup, khususnya di kalangan keluarga diraja dan golongan bangsawan.

Ini sebabnya golongan bangsawan Barat dulu menghantar anak mereka ke sekolah peradaban yang mengajar mereka menjadi individu beradab.

Ia tidak hanya memberi penekanan terhadap pertuturan, tetapi mereka turut diajar tata tertib di meja makan, termasuk cara mengunyah makanan!

 tidak pasti sama ada sekolah seumpama ini wujud di Malaysia tetapi jika ibu bapa menjadikan adab sopan sebagai cara hidup seperti dituntut agama, anak akan mempunyai akhlak baik dan terpuji dengan hanya dididik di rumah sendiri.

“Jangan sayang untuk menghukum anak jika mereka menunjukkan perlakuan biadap. Ibu bapa boleh mengamalkan sistem ‘ganjaran’ dan ‘hukuman’ untuk merangsang sikap baik pada anak.

“Ganjaran boleh dalam bentuk pujian, pelukan atau memberi peluang anak membuat satu-satu pilihan, tetapi elak memberi mereka wang.

“Mulakan pembentukan akhlak ini ketika anak masih kecil kerana sikap biadab sukar dikikis apabila mereka remaja,” katanya.

Ada yang mengaitkan kekurangan adab sopan dengan kemiskinan.  hidup susah dan kemiskinan memang boleh mempengaruhi bahasa digunakan ibu bapa.

Perasaan kecewa, sedih dan tertekan kadangkala membuatkan seseorang hilang kewarasan dalam memilih perkataan baik walaupun mereka tidak bermaksud untuk bercakap kasar.

Kurang kemahiran berkomunikasi dan pendidikan juga boleh menyumbang kepada perkara ini. Memang diakui tidak ramai ibu bapa membuat persediaan awal untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebelum mempunyai anak.

Ramai beranggapan kemahiran menjadi ibu bapa wujud secara automatik selepas mempunyai anak, sedangkan semuanya perlu dipelajari.

Benarkah kanak-kanak yang datang daripada keluarga kasar berkemungkinan menjadi pembuli? Ya. Buli tidak hanya melalui perlakuan, tetapi ia boleh ditunjukkan melalui percakapan.

Bagaimanapun, si pembuli kanak-kanak mungkin tidak tahu ia satu kesalahan jika dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak sunyi daripada cercaan, maki, marah dan bercakap menggunakan perkataan tidak elok.

Malah, tidak mustahil individu yang dibesarkan dalam persekitaran negatif juga ‘menurunkan’ persekitaran sama kepada isteri dan anak mereka. Jadi, masalah kurang ajar dan tidak bersopan berterusan dalam keluarga.

Ada orang dibesarkan dalam suasana sangat negatif iaitu menjadi mangsa untuk dipersalahkan bagi setiap keadaan, malah ibu bapa menganggap mereka sebagai pembawa malang.

Persekitaran begini menyebabkan si anak tidak yakin pada diri sendiri kerana percaya mereka tidak berguna dan hanya membawa malang kepada keluarga.

“Anak yang dibesarkan dalam persekitaran begini mungkin tidak menjadi insan biadab tetapi biasanya bersikap sarkastik iaitu percakapan mereka sentiasa menyakitkan hati.

“Mereka boleh membuktikan perkara sebaliknya jika dapat lari daripada persekitaran yang negatif ini seperti belajar di sekolah berasrama, masuk ke universiti atau bekerja di tempat lain. Bagaimanapun, tidak ramai berpeluang lari ke persekitaran baru.

“Pada masa sama, mereka boleh menjadi individu narsisisme iaitu bersikap mengagumi diri sendiri dengan berkata ‘aku buat itu dan ini, demi engkau aku bersusah payah ....’ Ini sikap tidak normal ditunjukkan seseorang yang kurang mendapat pengiktirafan positif.

“Kadangkala rasa ego mendorong seseorang itu menjadi narsisisme sebagai cara meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Sebaliknya, anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang boleh berubah menjadi individu kurang ajar disebabkan pengaruh persekitaran.

Ini sebabnya ibu bapa perlu sentiasa memantau dan menegur anak hingga mereka besar dengan cara berhemah tanpa memalukan mereka.

Kesan bersikap biadap

Biasanya kesan negatif hanya dirasai orang di keliling individu berkenaan yang membuatkan mereka rasa sakit hati, geram, hilang ‘mood’ untuk bekerja atau marah. Pada si pelaku, mereka tidak merasai apa-apa kerana sikap itu menjadi sebahagian daripada dirinya.

Jika si pelaku adalah kanak-kanak, ibu bapa menerima tempiasnya kerana ia jelas memberitahu masyarakat bahawa ibu bapa itu tiada budi bahasa. Ini kerana kanak-kanak adalah cermin kepada perlakuan ibu bapa dan ahli keluarga di rumah.

“Individu kurang ajar tidak sedar mereka banyak melukakan hati orang lain. Pun begitu, mereka sebenarnya boleh ‘diajar’. Jika mereka bersikap sarkastik, perlu ada orang mampu mematahkan percakapan mereka; seperti pepatah Melayu ‘bertemu buku dengan ruas’.

“Bukan bertujuan menjadi biadap, tetapi untuk menyedarkan mereka. Namun ia bukan mudah, justeru ramai akan menghindarkan diri daripada individu kurang ajar begini dan hanya berkomunikasi apabila perlu.

“Bagaimanapun, mereka boleh berubah menjadi individu bersopan santun dalam keadaan tertentu seperti ketika bercinta bagi memberi imej positif kepada pasangan.

“Perubahan ini tidak kekal kerana ia dilakukan bukan tujuan mahu berubah, sebaliknya untuk memiliki sesuatu. Biasanya mereka kembali ke perangai asal selepas berkahwin,” katanya.

Individu kurang sopan juga sangat sukar mengungkapkan perkataan maaf. Meminta maaf tandanya mengakui anda silap dan mahu menjernihkan keadaan.

Penyelidik percaya jika anda sanggup meminta maaf dengan ikhlas, sama ada permohonan maaf anda tidak diterima tetapi anda masih menerima manfaatnya. Selepas meminta maaf, jiwa dan fikiran anda berasa lebih tenang.

“Setiap orang perlu sentiasa menilai diri sendiri dari semasa ke semasa, terutama apabila usia meningkat. Hanya dengan cara ini kita boleh berubah.

“Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa anak sekarang mempunyai lebih pengetahuan. Malangnya, ada ibu bapa sukar menerima perubahan walaupun tahu ia membabitkan perkara baik.

“Dalam hal ini anak boleh menunjukkan teladan baik melalui cucu, banyakkan berdoa kepada Allah atau bawa ibu bapa berjumpa kaunselor mahupun pakar psikologi.

“Ada kala mereka memerlukan pihak ketiga untuk berubah. Jangan harapkan perubahan berlaku sekelip mata kerana adab sopan adalah ilmu dan kemahiran yang perlu dipelajari sepanjang hayat.

“Tidak salah kita meniru budaya baik kaum lain. Contohnya, orang Jepun diajar untuk bersikap baik dan manis bukan saja kepada orang lain, tetapi diri sendiri. Begitu juga penduduk Thailand. Apabila kita mampu menghargai diri sendiri, kita juga lebih mudah menghormati orang lain,” katanya.

Menurutnya, tiada istilah terlewat untuk berubah. Usaha ini lebih mudah pada pasangan muda yang ada anak kecil selagi mereka mengamalkan ajaran agama dan tidak jemu untuk belajar menjadi ibu bapa yang lebih baik berbanding ibu bapa mereka.

Banyak ayat al-Quran yang menitikberatkan persoalan pembinaan akhlak yang baik, antaranya firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasullullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak mengingati Allah.”

Pada ibu bapa yang tua, belajar untuk menerima perubahan secara berperingkat. Kita tidak rugi jika melakukan perubahan positif, malah ia antara langkah untuk menjadi datuk dan nenek yang lebih disayangi cucu.

Bak kata imam al-Ghazali, kita mesti belajar untuk hidup beradab, bukan menjadi biadab.

Hari NI

Jumaat, Disember 18, 2009

18/12/2009-Jumaat 1 Muharam 1431.
Tokoh maal hijrah tahun ini ialah Yusuf Qardhawi (disempurnakan oleh tuanku Mizan Zainal Abidin Agung yg ke 12)- channel 221, Al-jazeera setiap ahad jam 10.00 malam waktu jordan.Sudah 83 usia nya tapi tetap sihat nampak seperti bukan usia 80an.
..........................
Winter: hari ni suhu 10 darjah celcius di irbid,hujan pun ada turun hari ni..bulan feb nanti baru ada salji..
..........................

Mengimbas Kenangan Sedekad Lalu Melalui Facebook.



  • hari ni 18 december 2009 baru ada kesempatan untuk menulis kisah diri yang telah sedekad lalu melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Uitm Shah Alam.-1998 sehingga 2002.
  • Sebenarnya kitorang nihanya ada satu kelas je untuk pengambilan sessi december 1998.Senior dan junior ada 2 kelas.
  • Oleh kerana kitorang ni satu kelas jer, kitorang dah jadi macam satu keluarga tapi masih menjaga adab dan batas agama dalam perhubungan.
  •  Pada mulanya kitorang ni membuat haluan masing2 sebab masing2 tak  kenal sangat.Tapi lama kelamaan, kita ni hanya satu kelas jer dan akan berada dalam kelas ini selama tiga tahun,jadi takkan tak berkawan,kan? Betul tak?Tak ambil masa lama pun untuk kenal rapat.
  • dah lah satu kelas jer,sedikit pulak tu bilangan kitorang ni,jadi jadilah satu keluarga.
  • kitorang ni berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.Macam aku,ini adalah pertama kali berjauhan dengan ahli keluarga,dan baru sahaja kehilangan ayah pada 30 november 1998 lima hari sebelum aku mendaftar diri di UiTM.Sape yang tak sedih,kan..Tuhan sajer yang tahu perasaan aku masa tu.Orang yang paling aku sayang dah pergi mengadap Ilahi..Rasa seperti gelap dunia ni. Tapi aku kuatkan semangat.
  • Kawan2 kelas aku ni baik2 dan pandai berlawak dan ceria,sedikit sebanyak dapatlah aku mengubat kesedihan aku.Macam2 perangai diorang ni ,tapi tetap sporting.Best lah ada kawan2 diploma satu kelas ni..Rindu suasana sedekad lalu..
  • NAk dijadikan cerita, wujud lah facebook ni dan aku mendaftar pada ogos 2009.Dalam tu aku mula terjumpa kawan2 dip. dulu satu persatu,Kiranya macam jejak kasih lah ni,cuma ditukarkan jejak rakan..ada lagi yang tak kena virus facebook ni macam sharimie cakap pada amir..Harap2 dapat contact semuanya semula yer..
  • ni aku selitkan nama2 kawan2 BM15:
  • Amir razali S.Alam,Khairil Anwar Petaling,Mahathir Zaafar Sarawak,Norhafizul(apit) Cheras,Sharimi Kelantan,Saiful Onni Perak,
  • kak Asya samat Perak,Farihah Terengganu,Hurri Fadzilah,Karmiza Baharuddin,Nor Anissa KL,NOr Hazlina Perak, Norrashidah Pantai Dalam,Nor Rahifah Johor,Rohaida Kelantan,Wan Safura KL,Siti Zainab Kuantan,Zulian Perak,
  • Sape lagi yang tertinggal ni? KAlu ada nama tertinggal tu minta emailkan pada nastaseea@hotmail.com yer..Sorang lagi lelaki aku tak ingat nama..
  • korang ni tak nak buat reunion ker,gathering ker..rindu ler.

Darah Tinggi

Apakah penyakit darah tinggi???
  
Taburan tekanan darah antara satu kawasan pendudukdengan yang lain berbeza begitu juga dengan
atara kaum. Namun secara umum tekanan darah dikira tinggi bila ada risiko yang jelas terhadap
kesihatan.

Tekanan darah normal berapa???
  
Jika berdasar kajian Framingham Study

Tekanan darah seperti berikut :

>160/95 darah tinggi

140/90-160/95 'borderline'

<140/90 normal 



Penyebab darah tinggi ???
  
Hipertensi primer

Penyebab :

Kesan genetik

Kesan alam sekitar

Minum alkohol

Tinggi pemgambilan garam

Faktor hormon

   
Hipertensi sekunder

Penyebab:

Penyakit endokrin seperti Conn dan Cushinh syndrome

Penyakit salur darah atau jantung (cardiovascular )

Pengambilan ubatan seperti Pil Perancang

Apakah komplikasi ???
  
Komplikasi seperti berikut :

1. Rosak salur darah : salur darah boleh tersumbat

2. Kelemahan jantung (heart failure)

3. Kerosakan buah pinggang

dan lain-lain

Apakah pemeriksaan yang perlu ???
  
1. Xray dada : tengok saiz jantung dan keabnormalannya

2. ECG : tengok fungsi jantung

3. Ujian air kencing : kesan pada buah pinggang

4. BUSE : tahap biokimia darah

Rawatannya???
  
Langkah umum:

1. Kurangkan berat badan

2. Kurang minum alkohol

3. Kurang makan garam

4. Senaman berterusan, kurangkan stress



Ubatan :


1. Diuretics : spt Thiazide

2. B-adrenergic :spt Atenolol

3. Vasodilator : spt Nifedipine

4. ACE inhibitor : spt Captopril

dan lain-lain lagi
Satu alternatif ubatan homeparthy ialah dengan mengamalkan pengambilan Nuage dari syarikat DCL.- saya dah cuba walaupun saya tiada darah tinggi,cuma kekadang tido yang tak menentu sejak beranak kecil telah membuatkan saya pening2 macam nak pitam.Alhamdulillah dengan makan nuage setiap pagi dan kekadang tu ada gaks ngelak tak ingat nak makan. Sehingga hari ni saya dah tak pening2 lagi walaupun terpaksa bangun terus dari tido tanpa senaman ringan seperti sebelum ni..

Apakah prognosis (kemungkinan )???
  
Bergantung kepada beberapa perkara seperti :

1. Keterukan darah tinggi

2. Adakah komplikasi sudah berlaku pada jantung , buah pinggang dan lain-lain

3. Faktor risiko lain seperti lemak badan tinggi, keluarga ada sakit jantung, kurang senaman dan lain-lain

Diabetes wanita Hamil

Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika
 hamil walaupun pada zahirnya mereka sihat dan tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Ini adalah
 disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan
begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan
seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika
 sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan
tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan timbul.

  Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi kencing manis sebelum
 hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan
pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil.
  Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap
 bayi dalam kandungan dan jugap ada ibu yang sedang mengandung.

  Sesetengah wanita mempunyai potensi untuk menghidap poenyakit diabetes ketika hamil. Ciri-ciri
 ini seperti berikut:

·    Jika ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik menghidap penyakit kencing manis,
 wanita itu juga mempunyai kemungkinan menghidap penyakit yang sama. Ada kemungkinan, penyakit ini
timbul.

·    Wanita yang pernah mengalami keguguran khususnya keguguran berulang-ulang kali atau keguguran
 yang berlaku selepas kehamilan mencapai ke peringkat empat bulan atau lebih.

·    Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar khususnya melebihi 10 paun.

·    Wanita yang pernah mengalami masalah kerumitan bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja
dilahirkan.

·    Wanita yang terlalu gemuk iaitu melebihi had timbangan bagi ukuran tingginya.

·    Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.

  Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan jagaan dan pemeriksaan rapi ketika
 hamil supaya gejala tersebut tidak berulang dalam kehamilan berikut. Kencing manis juga boleh
dikawal pada kehamilan seterusnya.

  Penyakit diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil, boleh menimbulkan  berbagai-bagai gejala
 kepada kandungan.

Keguguran di peringkat awal boleh berlaku dan lebih kerap terjadi di peringkat empat hingga lima
bulan. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku sebelum dilahirkan. Biasanya jika tidak mati
dalam kandungan timbangan bayi yang dilahirkan itu lebih berat dari bayi normal. Bayi yang besar
ini, boleh menimbulkan kesukaran ketika lahir. Kadangkala keadaan ini boleh menjejaskan proses
kelahiran sehingga kelahiran secara normal tidak boleh berlaku dan pembedahan perlu dilakukan.
Bayi yang terlalu besar akibat diabetes juga boleh menimbulkan kesulitan ketika melahirkannya
secara forsep atau cara lain. Ada kemungkinan kepala bayi atau bahunya akan menimbulkan kecederaan
 atau kematian. Bayi yang dilahirkan oleh ibunya yang menghidap penyakit diabetes juga boleh
mengalami masalah pernafasan atau kekuningan (jaundice). Jika bayi mengalami masalah pernafasan,
 keadaan ini bnoleh mengakibatkan kematian pada peringkat awal iaitu sejurus selepas dilahirkan.

Apakah Kesan Diabetes Kepada Ibu?
Seperti yang dijelaskan, wanita yang mempunyai ciri untuk menghidap penyakit ini, berkemungkinan
 akan mendapatnya. Proses ini dicetuskan melalui kehamilan khususnya jika ia berlaku berulang-kali.
Kehamilan adalah dianggap sebagai satu keadaan yang menekan (stress) perimbangan hormon. Setiap
kali kehamilan berlaku tekanan ini akan mengganggu perimbangan hormon, yang akhirnya akan
mencetuskan penyakit diabetes. Penyakit kencing manis biasanya menjadi lebih terus dan tidak
 stabil di kalangan wanita hamil yang telah diketahui menghidap penyakit ini. Dia memerlukan
 ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penyesuaian ubat adalah penting dilakukan
 dengan rapi untuk mengatasi masalah yang mungkin dialami oleh bayi dalam kandungan.

Apakah Tanda Kencing Manis?
Biasanya penyakit kencing manis ketika hamil tidak mempunyai sebarang tanda. Oleh itu, jika wanita
 hamil itu mempunyai ciri-ciri seperti yang saya nyatakan tadi, penting baginya menjalani ujian air  kencing. Wanita hamil perlu mendapat jagaan waktu mengandung sejak diperingkat awal. Jika dia
didapati menghidap penyakit diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Biasanya air kencing
penghidap penyakit diabetes didapati mengandungi gula.Walaupun begitu, tidak semua air kencing
wanita hamil yang mengandungi gula menghidap penyakit diabetes. Sesetengah mereka hanya mengalami
 masalah di buah pinggang. Organ tidak boleh menahan kebocoran gula daripada darahnya mengakibatkan
 gula keluar menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme
penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Walaupun demikian ini tidak menandakan satu
penyakit.

  Untuk memastikan sama ada wanita hamil itu menghidap penyakit diabetes atau tidak, satu ujian
khusus yang digelar glucose tolerance test (GTT) dilakukan. Ujian ini dilakukan setelah wanita itu
 berpuasa pada sebelah malam dan paginya. Air gula akan diberikan setelah darahnya diambil dan air
 kencingnya diperiksa. Kemudian contoh darah dan air kencing diambil setiap setengah jam sekali
sehingga dua jam lamanya. Melalui ujian ini satu bentuk graf boleh didapati dan dari sini akan
dapat ditentukan sama ada seseorang wanita itu menghidap penyakit diabetes atau tidak.

Cara Menangani Masalah Kencing Manis
Sebagai langkah pertama, wanita itu mestilah menentukan badannya tidak terlalu gemuk.
Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung.
Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.

  Jika seseorang wanita melebihi had timbang beratnya, dia perlu mendapat nasihat daripada pakar
 pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang sewajarnya. Wanita yang mempunyai ciri-ciri
penyakit ini perlu sentiasa berwaspada dan mendapat nasihat doktor kemungkinan dia mendapat
penyakit diabetes apabila hamil. Ketika hamil pula dia perlu mendapat jagaan dan pemeriksaan air
kencing dengan secepat mungkin.

Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi
adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh
 diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat
logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang.

  Jika didapati seseorang wanita itu menghidap penyakit kencing manis, dia perlu mendapat rawatan
yang rapi dari doktor pakar. Biasanya jagaan waktu hamil dan rawatan diabetes dilakukan bersama
oleh pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan. Ubat antidiabetes atau suntikan ubat insulin
perlu disesuaikan dengan keadaan diabetesnya. Ini perlu pengawasan dan kawalan yang rapi supaya
 ia tidak melebihi atau tidak kurang daripada dos yang dikehendaki.

  Biasanya ibu hamil yang mengalami diabetes, akan melahirkan anak secara normal sekiranya dia
mendapat jagaan yang rapi. Andainya timbul sesuatu masalah seperti penyakit kencing manisnya tidak
boleh distabilkan atau ada tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan terancam nyawanya, ada
 kemungkinan kelahiran dilakukan secara pembedahan. Keadaan ini jarang berlaku. Sebahagian besar
 ibu ini bersalin secara normal, walaupun ada sebilangan kecil yang perlu melahirkan anak lebih
cepat menerusi induction of labour.

  Penyakit diabetes tidak begitu membahayakan ibu pada keseluruhannya, tetapi ia boleh mengancam
kandungan. Kadar pembaziran menerusi pengguguran zuriat dan kematian bayi adalah lebih tinggi di
kalangan ibu ini. Dewasa ini kejadian penyakit diabetes semakin berleluasa kerana biasanya
penghidap diabetes mempunyai jangka hayat yang normal dan mereka melahirkan anak yang berkemungkinan
 besar akan menghidap penyakit tersebut.

  Dengan keadaan sosioekonomi lebih baik, wanita kita tidak dapat mengawal pemakanan mereka.
 Timbang berat melebihi had normal dan ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit diabetes
 ketika hamil.

Kencing Manis/Diabetes

Isnin, Disember 14, 2009

Sejarah:
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun
 Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang
melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar
 perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak
 abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani
(Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya
ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara
 amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya)
 dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan
sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam
 darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.




Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air
 kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar
pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar
sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan
membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan
 hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai
pengawal kandungan glukos dalam darah.

..........
Pengawalan:
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat
 menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

Penjagaan pemakanan dan berat badan
  1. Kerap bersenam
  2. Pengubatan
  3. Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan
betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga
pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau
suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin
Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan
kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama
 mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk
 pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan (penurunan sensitiviti) tisu badan
terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana
masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan
 makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan
 ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan
 kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
.............................
..................

Asas Kitaran HAid

Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan
 kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan
. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.

Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu
 boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula
merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula
.

Apakah yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang
 disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur
yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya
 bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini
dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada
persenyawaan, telur itu akan pecah.

Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus kamu sedang disediakan oleh ovari
 sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan
lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk
telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini
 akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks kamu
dan terus ke vagina.

Kanser Serviks..

Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.


Meningkatkan Risiko Kanser Serviks
Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:


    * Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.


    * Melakukan seks ketika masih muda.


    * Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.


    * Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.


    * Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.


    * Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.


    * Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.


    * Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.


    * Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!


Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)
Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.


    * Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
    * Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
    * Berhenti merokok.
    * Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
    * Jalani pemeriksaan Pap smear.
    * Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.

Pap Smear

Pap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.

Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.

Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.

Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks.Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.

Apakah Pap smear yang tidak normal?
Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap Smear
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:

    * Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.

    * Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks

Jenis-jenis Displasia

    * SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

    * CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.

    * Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.

Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!
Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:

    * Mengulangi pemeriksaan Pap smear

    * Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.

    * Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.

    * Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.

SENGGUGUT...

Sekitar 80 hingga 95 peratus perempuan antara usia 16-45 tahun mengalami gejala-gejala senggugut yang mengganggu.
............


Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan  kitar daid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut (contraction)  dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama 20 g halia,10g kayu puti, 10 g jintan manis ,10 g kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang
....................
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

    * Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
    * Sakit kepala yang berdenyut-denyut
    * Muntah atau mual/loya
    * Sakit kaki dan bahagian belakang badan
    * Pergerakan usus yang tidak sekata
    * Pitam
................................

Faktor risiko

    * Pengambilan kafin tinggi[6]
    * Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
    * Peningkatan usia
    * Sejarah kemurungan
    * Penggunaan tembakau
    * Sejarah keluarga
    * Faktor permakanan[7] (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)

Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.[2] Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.

Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.
.................

SedIKIT...

Dalam hidup ini…Kerja hati-hatilah sedikit,****agar luput dari celaka.

Selesai kerja santailah sedikit,****agar kekuatan pulih kembali.

Sampai rumah gembiralah sedikit,****agar keluarga senang.

Ada persoalan tenanglah yang sedikit,****agar tidak salah langkah.

Dalam pergaulan senyumlah sedikit,****agar banyak kawan.

Kalau makan pantanglah sedikit,****agar tidak kena stroke.

Sama lingkungan perdulilah sedikit,****agar dapat jadi berkat.

Kalau bertindak berimanlah sedikit,****agar diberkati Tuhan.

Dan…jadi orang cincai-lah sedikit,****agar tidak stress.

BanYAK>>>

Dalam hidup ini…

Berdoalah yang banyak,****agar hati tenang.

Taburlah yang banyak****agar menuai banyak.

Bertanyalah yang banyak,****agar ilmu bertambah.

Bacalah yang banyak,****agar jadi lebih bijak.

Lihatlah yang banyak,****agar tambah pengalaman.

Dengarlah yang banyak,****agar penuh pertimbangan.

Jalan-jalanlah yang banyak,****agar tidak luper.

Kerjalah yang banyak,****agar tidak kekurangan.Dan…

banyaklah humor,****agar sehat dan awet muda.



MaRAH 2?

Sekali marah****sukacita hilang.

Dua kali marah****akal sehat terbang.

Tiga kali marah****tekanan darah naik.

Empat kali marah****teman-teman pergi.

Lima kali marah****jadi cepat tua.

Enam kali marah****pintu dosa terbuka.

HaTI?

Hati yang gembira **** adalah ubat yang mujarab.


Hati yang keras ****menemui  jalan buntu.


Hati yang lembut **** mendatangkan sahabat.


Hati yang haloba   ***menciptakan perangkap.


Hati yang bersih ****menjauhkan masalah.


Hati yang licik ****mendatangkan musuh.

SenYUM?

Sekali senyum****curiga hilang.


Dua kali senyum****jadi sahabat.


Tiga kali senyum****hati penuh damai.


Empat kali senyum****beban jadi ringan.


Lima kali senyum****rezeki datang.


Enam kali senyum****keluarga rukun.

TerTAWA?

Sekali tertawa *****pusing kepala hilang.


Dua kali tertawa ******benci pun lesap.


Tiga kali tertawa *****persoalan lari.


Empat kali tertawa*****penyakit sembuh.


Lima kali tertawa*****jadi awet muda.


Enam kali tertawa*****hati penuh sukacita.

MaRAH?

MARAH =adalah kunci segala keburukan

MARAH =menjadi keburukan yang sangat parah, apabila dilepaskan kepada orang lain

Meski pun MARAH =jangan berbuat dosa

Orang yang MARAH =membuka mulutnya tetapi menutup matanya

Orang yang MARAH =selalu menyimpan racun dalam hatinya

KEMARAHAN  =itu bagai api yang meniup pada lampu dalam fikiran

KEMARAHAN =yang tidak dikekang, sering lebih menyakitkan bagi kita daripada
 perbuatan yang menimbulkan kemarahan itu

Bertengkar,Panjangkah Jodoh?

Khamis, Disember 10, 2009

KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat
dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.

Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan
suami isteri malah kehidupan berumah tangga.

Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa
yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan
 benang basah.

Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera,
tujuan dan keperluan hidup mereka.

Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara
hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan
semula perbezaan itu.

Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan
suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya
 mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.

Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:

# Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh
memburukkan keadaan.

#Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati.

#Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.

# Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya
berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan
 terburu-buru.

#Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan
menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.

# Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran.
 Selesaikan secara baik antara suami isteri.

# Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri
 sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh
 mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.

# Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan
bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan
 turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.

#Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.

Jodoh Tidak Datang Dengan Sendirinya...

SEGELINTIR melabelkan lelaki sebagai buaya jika dia suka bertukar pasangan. Namun apabila berdepan
 dengan lelaki pendiam mahupun lurus bendul, mudah pula melontarkan kata-kata yang jejaka itu
 'kayu', tiada perasaan dan sebagainya.

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita,
 perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah
 bagi semua orang.

Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam?
Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa
mengendahkan keadaan senggang si dia.

Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila
dihubungi, takut mengganggu dirinya.
Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu untuk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa
melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar mengungkapkan apa yang terpendam.
 Justeru, bagaimana mahu memulakan suatu persahabatan, menjalinnya penuh berhemah dan seterusnya
mengikat hubungan yang lebih serius?

Petua berikut mungkin berguna buat anda yang berkira-kira untuk memulakan suatu persahabatan yang
suci:

# Cari masa yang sesuai

Ada kalanya, secara tidak sengaja adalah 'saat paling indah dalam kehidupan manusia'. Ia juga
mungkin masa paling sesuai.

Ada ketikanya, anda takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia mungkin sibuk tetapi tanpa
diduga, dia juga menunggu anda. Jika masa untuk menghubungi itu tepat lalu perbualan akan menjadi
semakin rancak dan menarik. Malah lebih banyak anda mengenali keperibadiannya.

Tetapi harus diingat, pagi adalah waktu paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Masa
senggangnya mungkin ketika makan tengah hari.

Namun, waktu paling baik adalah malam kerana semua beban kerja sudah tiada. Pandai-pandailah
mengolah bicara jika pancing sudah mengena.

# Lebih berkeyakinan

Tidak mencuba tidak tahu. Malah 'makanan' tidak akan masuk ke dalam mulut kalau kita tidak
menyuapnya.

Sama dengan usaha kerana tanpa usaha, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang
 kita minat itu dipikat orang lain.

Sebaiknya, tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani saja akan berjaya mencapainya.
 Dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah "pertahanan" terakhir dalam
 diri anda.

# Jangan buang masa

Sebenarnya, lebih lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Kesungguhan antara
 faktor serta daya penarik kerana si dia beranggapan anda benar-benar serius ingin menjalin
hubungan baru dengan dirinya.

# Perlu tahu apa yang anda lakukan

Ini sangat penting kerana ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar suka-suka. Ada orang
 pula ingin mencari jodoh dan mengimpikan ia berakhir di jenjang pelamin. Justeru, sebagai lelaki
anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri.

Segelintir yang ingin berkenalan sekadar ingin menambah koleksi bilangan teman wanita. Sebagai
lelaki, fokus pada kehendak anda.

Jangan hanya dicabar teman lalu anda berusaha memikat hati si wanita dan apabila sudah dapat,
anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan menghancurkan hati serta
 perasaan orang lain.

# Teruskan persahabatan

Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskan sehingga ada sesuatu yang
menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh.

Ini hanya membuang masa anda dan dirinya. Malah ia juga tidak baik kerana membabitkan soal hati.
 Apapun, cari masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima
keadaan dengan sebegitu mudah.

Untuk Diamalkan

AL - BAQARAH
MENCERDASKAN AKAL
MENOLAK MALAPETAKA DAN KEJAHATAN MANUSIA
MENGETAHUI KEJADIAN DI WAKTU TIDUR
MENGETAHUI PENCURI
MENDAMAIKAN SUAMI ISTERI

AL IMRAN
MENGHINDARKAN KESEMPITAN REZEKI
MEMBUAT IBU DUIT
MENJINAKKAN HAIWAN
MENDAMAIKAN PERBALAHAN
MEREDAKAN EMOSI
MENGHINDARI GANGGUAN JIN
MENYEDARKAN ISTERI YANG SUKA BERJALAN

AN-NISAA
MELEMAHKAN ORANG ZALIM
MENGALAHKAN MUSUH
AL MAIDAH
MENJATUHKAN MENTAL LAWAN

AL AN'AM
MENGHALAU GANGGUAN JIN DALAM RUMAH
MENYEMBUH KELUMPUHAN
MOHON PETUNJUK
MENYEMBUH SAKIT GIGI
MUHABBAH
MENGUBATI ORANG MANDUL

AL A'RAAF
MURAHKAN REZEKI
MENGUBATI SIHIR
DAMAIKAN SUAMI ISTERI
SEMBUHKAN SAKIT HATI

AT TAUBAH
DICINTAI
YUNUS/AR RAHMAN/AL MUKMIN
SEMBUH ORANG KERASUKAN

YUSUUF
MENCARI KERJA
BANTUAN KEWANGAN
SEMBUH SAKIT MATA

AR RADU'
MENGETAHUI KEGHAIBAN SEMASA TIDUR
DISEGANI ORANG

AR RA'AD
SEMBUH SAKIT KEPALA

IBRAHIM
GANGGUAN TIKUS

AL ISRAA'
HILANGKAN GODAAN JIN
KESELAMATAN TIDUR

AL KAHFI
MENGHALAU MAKHLUK HALUS PADA KANAK-KANAK.

MARYAM
MENYUBURKAN WANITA MANDUL

THAAHA
MENUTUP MULUT MUSUH

AL ANBIYAAK
MUDAH TIDUR

AL HAJI
MELARISKAN JUALAN

AL MUKMINUN
BENTENG GANGGUAN JIN

AL QASHASH
MENJAGA KESELAMATAN
MENGHADAPI ORANG ZALIM

SURAH FAATHIR
MENJAGA ISTERI HAMIL TIDAK KEGUGURAN

YAASIN
MANTERA PENGUAT SENJATA
MENAKUTKAN MUSUH

AL MUKMIN
MENGUBATI PERBUATAN SIHIR

ASY SYUURAA
MELEMBUTKAN HATI PEMBESAR

AN NAJM
UNTUK KECERDASAN

AL HASYR
MENGUSIR LAWAN
MENYEMBUHKAN ORANG GILA,
PENING KEPALA, DAN
GANGGUAN MAKHLUK HALUS,.

ATH THALAQ
MURAHKAN REZEKI

AL JIN
MENGHILANGKAN KETAKUTAN

AL INFITHAAR
UNTUK MENAKUTKAN SETERU

AT THARIQ
MENDAPATKAN SEMULA BARANGAN YANG DICURI

AL BALAD
MEMPEROLEHI KEWIBAWAAN

ASY SYAMS
MENYEMBUHKAN LUKA

AZ ZALZALAH
SELAMAT DALAM PERTEMPURAN

AL FIIL
HIJABUL A'DAAK

Bagaimana Atasi Kemarahan..

Rasa marah dimiliki setiap manusia normal. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana kita mengawal
atau meluahkan kemarahan? Individu yang sering marah tidak tentu pasal ini mungkin mengalami
masalah untuk menguruskan emosi marah yang bersarang dalam hati.
Kehidupan mencabar selain faktor persaingan dan stress menjadi antara punca ramai antara kita
sukar mengawal emosi.

Kemarahan bukanlah perasaan negatif, namun ia boleh menjadi negatif jika seseorang meluahkan rasa
marah melalui kaedah tidak wajar. Contohnya, melakukan kekerasan terhadap diri sendiri atau orang
lain serta merosakkan harta benda.

Jika tidak ditangani secara rasional, emosi marah yang tidak melampau boleh melarat kepada perkara
lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri.

Sehubungan itu, jika anda mudah marah dan sikap negatif itu sering mengundang kesusahan kepada
orang lain, anda perlu mencari alternatif menanganinya.

Apa sebenarnya perasaan marah dari sudut psikologi?

Marah atau anger merujuk kepada keadaan emosi sesuatu yang hidup (haiwan atau manusia). Emosi ini
mempunyai takat atau darjah tertentu daripada yang rendah kepada yang tinggi, iaitu keadaan
terganggu atau sakit hati (pendam) kepada perlakuan yang lebih teruk iaitu keganasan atau
membabitkan aksi fizikal terhadap rangsangan yang menjadi punca sakit hati.

Marah tergolong dalam kategori tingkah laku agresif yang juga dianggap sebarang tingkah laku yang
mempunyai niat untuk menyakiti atau mencederakan orang lain atau diri sendiri secara fizikal atau
psikologikal.

Definisi ini jelas menunjukkan tindakan mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri juga
dikategorikan sebagai agresif. Ini kerana ia merujuk kepada emosi marah dan perlakuan tertentu
untuk melepaskan kemarahan.

Apakah punca yang menyebabkan seseorang marah?

Punca timbulnya emosi marah sangat banyak. Ia dibahagikan kepada dua iaitu faktor iaitu luaran dan
dalaman. Faktor luaran termasuklah provokasi daripada orang lain, kekecewaan dan persekitaran yang
mengganggu atau menyekat kehendak.

Misalnya, kesesakan lalu lintas, penangguhan penerbangan dan seumpamanya. Selain itu, kemarahan
juga disebabkan sifat individu yang sangat sensitif, lekas naik baran, terlalu bimbangkan masalah
yang dihadapi dan mungkin didorong trauma terhadap sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Semua ini
mendorong kepada hilangnya pertimbangan dan tahap kesabaran.

Dalam menerangkan mengapa tingkah laku agresif itu berlaku, ada beberapa pendekatan yang diguna
pakai oleh ahli psikologi. Pada dasarnya, pendekatan ini berkaitan dengan perdebatan antara
pengaruh pewarisan lawan pembelajaran (nurture versus nature) yang mendominasi perbincangan
sebab-musabab tingkah laku sejak awal perkembangan psikologi moden.

Pandangan yang berpihak kepada faktor baka (nature) berpendapat, marah berpunca daripada keinginan
dalaman atau sifat semula jadi manusia yang diwarisi atau desakan dalaman yang dikenali sebagai death wish. Hal ini berdasarkan kepada sejarah manusia itu sendiri yang sememangnya suka berperang dan berkelahi seperti haiwan.

Manakala pandangan yang berpihak secara eksklusif kepada sosiolisasi (nurture) adalah seperti teori
dorongan dan teori pembelajaran. Dalam diri manusia, sentiasa muncul keinginan yang tidak tertahan
apabila berdepan dengan sesuatu rangsangan. Misalnya marah, akan diikuti dengan perkataan kesat
atau perlakuan tertentu. Ini semua dipelajari dari persekitaran sosial kita berada.

Contohnya, cara kita meluahkan perasaan marah atau mengeluarkan perkataan kesat akan dipelajari
atau ditiru anak-anak. Pandangan ahli psikologi moden pula mengambil jalan tengah di antara
kedua-dua pendekatan nurture vs nature ini iaitu dengan menyifatkan ia sebagai model perasaan
agresif umum (general affective aggression model), mengambil kira semua faktor dalaman atau luaran
yang membawa kepada emosi atau perlakuan marah.

Sejauh mana tahap emosi marah yang disifatkan normal?

Kemarahan adalah normal. Malah, manusia yang tiada langsung sifat marah boleh dianggap tidak normal
. Apa yang penting ialah bagaimana mengawal kemarahan supaya tidak merosakkan diri sendiri.

Bertindak agresif apabila marah juga adalah biasa dan melepaskan kemarahan adalah sesuatu yang
biasa. Manusia normal akan sentiasa mempertahankan diri mereka apabila diserang, maka mereka perlu
mempertahankan diri untuk survival.

Namun, kita tidak boleh sesuka hati melakukan tindakan agresif untuk melepaskan emosi marah. Ini
kerana kita ada peraturan dan norma sosial yang perlu dipatuhi.

Bagaimana cara yang dianggap wajar untuk meluahkan kemarahan?

Pelbagai cara untuk melepaskan emosi marah. Seseorang individu biasanya menggunakan kaedah
melepaskan marah secara terus melalui perkataan, memendam atau menahan dalam hati ataupun bertenang
serta memujuk hati bersabar.

Meluahkan marah secara overt (perkataan) tertentu adalah cara yang baik berbanding bertindak secara
fizikal kerana ia tidak mencederakan atau menyakitkan orang lain.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan melampau juga kadangkala boleh membangkitkan perasaan marah
orang lain. Justeru, kita perlu berhati-hati supaya perlakuan kita ketika meluahkan marah tidak
merosakkan diri sendiri atau orang lain.

Cara kedua ialah memendamkan rasa marah. Oleh kerana marah adalah sesuatu yang negatif, sesetengah
orang bertindak dengan cara memendamkannya dan kemudian perasaan marah bertukar kepada sesuatu
yang lebih positif.

Contohnya, anda marahkan perangai anak atau pasangan anda. Langkah paling positif adalah pendamkan
perasaan marah dan lakukan perkara lain yang dapat mengalihkan perasaan pada waktu itu sekali gus
meredakannya.

Tujuannya adalah untuk mengelak kita melakukan perkara negatif dan merosakkan orang lain serta
menukar kepada tingkah laku yang lebih bermanfaat. Namun, cara begini dikatakan kurang sihat untuk
diri sendiri. Ini kerana memendam kemarahan boleh mengakibatkan tekanan perasaan, tekanan darah
dan kemurungan.

Kegagalan melepaskan kemarahan akan membuatkan seseorang mencari alternatif lain. Antaranya,
memilih cara yang tidak sepatutnya seperti ilmu hitam, ugutan, merosakkan reputasi, membuat
kritikan sinikal dan seumpamanya.

Cara ketiga ialah bertenang. Tidak ramai yang boleh melakukannya kerana ia memerlukan tahap
kesabaran dan iman yang begitu tinggi. Melalui cara ini, seseorang bukan saja mengawal diri dari
terjerumus dalam perkara merosakkan tapi turut memujuk hati anda supaya bertenang dan mengawal
diri dari dipengaruhi emosi tidak menentu hinggalah perasaan marah itu hilang.

Apa itu pengurusan kemarahan atau anger management?

Pengurusan kemarahan adalah teknik mengurangkan emosi marah dan reaksi fisiologi yang timbul
apabila marah. Kita tidak mungkin menghapuskan kemarahan sepenuhnya, tapi kita boleh mengurangkannya
dan belajar menanganinya.

Jika kita rujuk semula komponen afektif keagresifan, kita dapati perasaan negatif adalah antara
sebab tingkah laku ini berlaku. Perasaan yang tergolong di sini pula adalah kemarahan. Ini bermakna
, jika kemarahan dapat dikawal, maka keagresifan juga dapat dikawal.

Segelintir ahli psikologi mencadangkan beberapa teknik bagi mengurangkan kemarahan iaitu ;

* Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan
kognitif.
* Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi
dari perspektif mereka.
* Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain
sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
* Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting
dan tidak membawa apa-apa kesan.
* Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
* Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu
yang agresif.

Jenis individu bagaimana yang perlu mempraktikkan anger management?

Ia bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor peribadi atau personaliti individu. Satu antara aspek
personaliti yang perlu dilihat adalah kehadiran personaliti jenis A. Pola personaliti jenis A
merangkumi sikap kompetitif yang tinggi, sentiasa mengejar masa, mudah meradang dan bersikap pemarah.
Individu yang mempunyai personaliti jenis ini dikaitkan dengan mudahnya mendapat serangan jantung.
Individu personaliti jenis B pula bertentangan dengan jenis A yang mana individu A lebih agresif
berbanding individu B. Keagresifan adalah lebih tinggi di kalangan golongan lelaki jenis A di mana
mereka mempunyai hormon testosteron yang lebih tinggi.

Individu jenis A lebih cenderung melakukan penderaan terhadap kanak-kanak atau pasangan mereka.
Selain itu, ada juga orang yang memiliki personaliti psychopath yang mempunyai kecenderungan untuk
bertingkah laku agresif ganas atau violent.

Individu psychopath disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tiada simpati, rasa harga diri
terlalu tinggi dan ketiadaan sensitiviti terhadap hukuman. Individu begini cenderung untuk
bertingkah laku ganas dan selalu dimotivasikan matlamat tertentu.

Misalnya, pembuli di sekolah, kebanyakan pembuli tidak berperasaan dan memilih mangsa secara
spesifik untuk memperoleh sesuatu ganjaran. Individu psychopath melihat agresif sebagai sesuatu
yang memberi ganjaran.

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma