Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Sista Ovari(cyst)

Ahad, November 29, 2009


Cyst biasanya terbentuk lantaran perubahan tindakbalas hormon progesteron dan estrogen menurut beberapa teori. Jawapan yang tepat sukar untuk diberi. Cyst sebenarnya tidak merbahaya sewaktu mengandung insyaallah. Kebanyakan akan kecut sendiri dan hilang diresap badan. Usahlah bimbang dan berserah dan berdoa kepada Allah agar semuanya ok....

tetapi dinasihatkan supaya sentiasa memantau cyst itu dengan sentiasa pergi ke klinik untuk mengetahui saiz cyst itu.


Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau
sejenis kantung mengandungi cecair terletak di ovari / ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari.. Walaubagaimanapun, sekiranya ia semakin membesar melebihi 4 cm, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih dari 5 cm dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi.
Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya.
Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan. Sista yang besar akan menghimpit organ-organ lain disekelilingnya dan ia akan mengakibatkan kesakitan abdomen. Di kebanyakan kes, sista akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu atau bulan dan tidak memerlukan rawatan.

Tanda dan Gejala
Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit ketika haid. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.

Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Biasanya sista ovari itu bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi barah. Tetapi sebahagian daripada sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti kebiasaannya.

Jenis-jenis sista ovari

Sista fungsi/
Functional Cysts - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon.
Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari.
Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:

Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan

Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan

Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.

Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.

Rawatan

Bergantung kepada:

Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.

Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

Soalan untuk ditanya

Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?
JIKA YA
Berjumpalah doktor.

JIKA TIDAK

Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
Kesakitan semasa melakukan seks
Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.
JIKA YA
Hubungi doktor

JIKA TIDAK

Gunakan rawatan/pengurusan sendiri

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

*Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
*Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
*Kurangkan pengambilan kafein.

*Menguruskan tekanan anda dengan bijak

#Sistem pembiakan terutamanya sistem pembiakan wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon. Tekanan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan sistem pembiakan.

*Mengamalkan diet yang sihat
  Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari. Mengawal    pengambilan daging dan ayam itik ternakan kerana sisa antibiotik ataupun hormon sintetik yang disuntik bagi mempercepatkan pertumbuhan ternakan tersebut akan menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan kita.

Saranan Kami

Pengambilan makanan kesihatan tambahan seperti di bawah dapat membantu memelihara kesihatan sistem pembiakan wanita :-

a) spirulina. B) bee pollen. C)cordyceps.                
……………………………………..
Ibu risau cyst 4 sentimeter
SOALAN

SAYA berusia 34 tahun dan mempunyai empat orang anak. Tiga bulan lalu, saya disahkan mempunyai cyst ovari berukuran lebih empat sentimeter.

Menurut doktor, berdasarkan umur yang masih muda, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia berkemungkinan boleh mengecut. Saya difahamkan salah satu simptomnya akan berlaku gangguan hormon.
Dalam tempoh dua bulan itu, kitaran haid saya tidak teratur dan apabila ada tanda kedatangan haid seperti sakit pinggang dan sakit perut berpanjangan, saya mengambil ubat turun darah. Selepas seminggu atau lebih, baru saya didatangi haid.
Saya risau kini ketika bulan ketiga saya langsung tidak didatangi haid walaupun ada tanda sakit seperti biasa dan saya tidak lagi mengambil ubat turun darah.
Perut saya kerap rasa kurang selesa dan tekak terasa mual. Keadaan ini berlaku sejak tiga bulan lalu. Payudara saya juga kerap terasa pedih dan perit.
Saya ada membuat pemeriksaan tetapi tiada benjolan atau bengkak. Adakah keadaan ini ada kaitan antara satu sama lain?

 Sebolehnya, saya tidak mahu lagi mengambil ubat turun darah dan berharap peredaran darah kembali lancar dengan bantuan pengambilan ubat berasakan herba. Adakah ubat yang boleh membantu mengecutkan cyst terbabit?

MEEN,kuala lumpur                           


JAWAPAN


DENGAN ketiadaan haid dan simptom yang anda alami, anda dinasihati menjalani ujian pengecualian kehamilan terlebih dulu.

Pengambilan ubat-ubatan sama ada moden atau tradisional perlu dipastikan kegunaannya dan kesan sampingannya sebelum diamalkan. Tumbuh-tumbuhan atau herba tertentu juga diketahui ada mengandungi hormon estrogen (disebut phyto-estrogen atau tumbuhan estrogen).

Elok ia diambil dalam kuantiti sederhana dengan pemantauan dan berhati-hati kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kesan negatif sama seperti jika anda mengambil ubat moden mengandungi estrogen secara berterusan tanpa kawalan atau pemantauan.

Pemeriksaan ultrabunyi dapat memberi gambaran mengenai jenis cyst yang anda alami. Lazimnya, cyst yang mempunyai selaput dinding yang nipis, kandungannya pula berupa cecair hypo-echoic, satu dan tidak berbilik-bilik atau septum, tidak mengandungi bahan pejal, tidak mengandungi cecair ascites dan seumpamanya, lazimnya adalah cyst yang normal yang dinamakan cyst korpus luteum (cyst yang terperangkap setelah ovulasi telur) atau cyst follikular (cyst kantung telur yang tidak mengalami ovulasi).

Cyst ini dijangka akan mengecil dan pupus dalam masa tiga bulan, hanya pemantauan setiap bulan perlu dilakukan selain ujian asas yang lain. Jika mengalami komplikasi seperti ovari yang mengandungi cyst terpintal, berlaku pendarahan atau jangkitan, pembedahan kecemasan boleh dilakukan.

Selain itu, jika seseorang memilih untuk membuang cyst dengan saiz terbabit, pembedahan laparoskopi boleh dilakukan.

Cyst selain daripada ciri di atas lazimnya cyst berpenyakit. Pada usia anda, kebanyakannya adalah penyakit benign iaitu bukan kanser.

Namun pengesahan pasti hanya boleh dilakukan setelah cyst itu dikeluarkan untuk dianalisa secara histologi. Kadangkala, cyst yang dijangka berada di dalam ovari itu sebenarnya cyst pada penghujung tiub falopio (cyst fimbrial).


Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.

Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.

Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.

Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.

Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.

Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.


doktor nak scan perut ida....scan punyer scan terkejut beruk doktor tue ada something dalam perut ida....dia cakap ada bebola air di ovari kanan sebesar 14cmx9cm besarnya....doktor tue cakap tue ovarian cyst....doktor tue refer ida kat HUKM dan tanggal 27/2/2008 ida dimasukkan ke wad o&g untuk laparascopy teropong ovari dan sedut air tersebut.mula2 doktor kat HUKM tue cakap nak buang ovari ida tapi ida nangis kat doktor tu cakap jangan buang ovari ida sebab ida takde anak lagi...tapi doktor tu cakap walaupun 1 ovari pun boleh beranak...tapi ida x cayer ida stay dengan keputusan ida tak benarkan dia buang ovari ida. doktor pun setuju. doktor kat hukm tue berjaya buat laparascopy kat ovary ida dengan lakukan beberapa tebukan kecil di pusat dan kawasan sekelilingnya. doktor cakap dia kuarkan 1 liter air dari gelombong air itu. Kulit cyst tue tebal 1mm..pahtu doktor pancutkan cecair biru kat tiup folopio nak tengok lancar tak atau ada yg tersumbat ker tapi alhamdulillah semuanya baik....tapi skarang ni dah 8 bulan selepas laparascopy ida stay belum ada baby.....baru nak g mengurut....tunggu jer la zuriat tue...

lynn dah abeh piyed nnt pi la scan...knae dlu scan 2 hari lepas kering darah...operate masa subur dan alhamdulillah period tk jejas...dtg on time 2 minggu lepas operate....cyst ada bnyk jenis...yg knae tau either solid @ liquid...yg solid cam knae...kuar cam telur ikan yg org penang wat gulai tu huhuhu...kalau cecair pun ada bahaya dia...kalau dah besar then pecah, leh effect rahim...(ikut apa yg doc knae bgtau knae la)...kalau kcik2 cyst leh operate secara tebuk2...sembuh cepat kalau camni...kalau cam open surgery cam knae dlu, kena 10.5cm belahan secara menegak dr bawah pusat...cuti macam org bersalin, 2 bulan dan pantang pun macam org bsalin...

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma