Click for Irbid, Jordan Forecast

HUBUNGI SAYA DI hjhgenius@gmail.com UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!
Click Here to Visit malaysia blog blogger

Petua Kecantikan Wanita

Sabtu, November 28, 2009

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu,
cubalah ikut petua berikutnya:
* Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam.
Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum.
Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
* Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Daun Kunyit:-
-Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit
bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Penawar Sakit Kepala:-
1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
* Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
* Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit
kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta
gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan
kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan
balutkan. Biarkan semalaman.
5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal
satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai
terminum pula airnya.

Daun Pucuk manis Ubat Pitam:-
-Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan
di kepala. Lakukan beberapa kali.

Mencantikkan Rambut
1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
* Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
* Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
* Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya.
Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur
1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan.
Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati.
Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa.
Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam.
Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas.
Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi.
Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut
1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu,
lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat.
Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih.
Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.
Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur.
Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
*Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut.
Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
*Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut.
Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik,
di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur.
Lakukannya berterusan.

Melebatkan Bulu Kening
*Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus.
Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air.
Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
*Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda.
Amalkan selalu.

Menajamkan Penglihatan:-
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap
memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu,
suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.

Bawang Putih Bunuh Kutu:-
-Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa.
Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan
penyikat kutu.

Menghapuskan Jerawat:-
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian
bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke
wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai
penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka.
Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam,
lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan
biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam
biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan
jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
7. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan
di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Bintik Hitam:-
1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada
tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan
air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang
telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga
kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Tegangkan Kulit Muka:-
1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila
sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama
sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam
masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghilangkan Parut di Muka:-
-Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut
setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam.
Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling
hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat.
Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kulit Muka Lembut dan Cerah:-
1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu
cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati.
Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih
muka.
3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan
air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan
campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering.
Kemudian basuh dengan air suam.
5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka
dengan air.
6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan
dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk.
Lakukan setiap hari.

Melicinkan Kulit Muka:-
-Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur.
Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada
seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan
pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan
setiap hari.
4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka
dan biarkan kering. Cuci dengan bersih.
5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci
dengan air suam.
6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan
selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda
akan menjadi halus.

Mengekalkan Seri Wajah:-
-Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi,
cubalah petua ini :-
* Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
* Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
* Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari
persandingan.

Menghilangkan Panau di Muka:-
1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air
biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Kulit Muka Berminyak:-
-Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian
cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Mencantikkan Kulit Bayi:-
-Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus
lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

Telinga Dimasuki Air:-
-Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti
ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

Merawat Hidung Berdarah:-
-Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah
Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian
letakkan di atas dahi.

Kurangkan Bercakap:-
-Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.

Mengubati Sakit Mulut:-
-Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
* Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
* Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga
warnanya putih.
* Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Menyedapkan Suara:-
-Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu
malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu
membasuh muka dahulu.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit:-
1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Memerahkan Bibir:-
1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
3. Sapukan marjerin pada bibir sebelum tidur.

Bibir Pecah Akibat Kepanasan:-
-Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata.
Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan Muntah:-
-Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa
sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan
dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Sakit Gigi Geraham Bongsu:-
-Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-
*Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya
sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya
berkurangan.

Sakit Gigi Berlubang:-
1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian
sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang.
Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.
Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Memutihkan Gigi
1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan
pada gigi. Amalkan selalu.
2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan
biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus.
Gosokkan pada gigi.
4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
5.Gosok gigi dengan garam halus pun boleh gak.Amalkan selalu.
Gusi Berdarah:-
-Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur.
Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak
berdarah lagi.
2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan
sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan
setiap pagi dan malam

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak:-
-Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga
kali sehari.

Cairkan Lendir di Tekak:-
-Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Melegakan Tekak Perit:-
-Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan
seketika. Kemudian minum airnya.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi:-
-Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga
sakit gigi lega.

Menghilang Bulu Ketiak:-
-Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit
minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak
akan gugur dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak:-
-Bau ketiak memang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkannya, ikutilah petua-petua ini untuk
menghilangkannya :-
1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum
mandi.
2. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya
tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali
seminggu.
3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas
dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan
beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua
kali seminggu.
5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan
meminumnya setiap hari.
6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan
bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air.
Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama
empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

Tangan Mengelupas Selepas Menggunakan Bahan Pencuci:-
1. Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa.
2. Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian
basuh tangan anda dengan air biasa.

Melembutkan Tapak Tangan:-
-Lumurkan tangan anda dengan hampas kelapa dan minyak kelapa. Biarkan ia seketika sebelum
dicuci dengan air.

Tangan Terluka:-
-Lumatkan sebiji bawang kecil bersama-sama dengan gula pasir. Kemudian balutkan bahan itu
ke tempat yang terluka. Insya-Allah, darah akan berhenti.

Menghindari Penyakit:-
-Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari
penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Menahan Nafas:-
-Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Memulihkan Sakit Jantung
-Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung:-
-Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

Batuk:-
-Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang,
minum airnya. Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta
sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan
mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat
Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga
sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Sakit Angin:-
-Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih
bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

Menghilangkan Angin:-
-Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka
(ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas
makan nasi.

Mencantikkan Payu Dara
-Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan.
Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit.
Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara.
Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak
*Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan.
Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada.
Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
*Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur.
Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
* Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
* Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
* Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
* Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin:-
-Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan
petua ini:-
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah
diminum dua hingga tiga kali sehari.
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum
dua kali sehari.
4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Melancarkan Perjalanan Darah:-
1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah
airnya. Amalkan meminumnya.
2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air
hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu.
Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga
mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan:-
-Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan.
Minum airnya tiga kali seminggu.

Mengempiskan Perut
1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit.
Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit.
Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu
putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut.
Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam,
lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman.
Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut:-
-Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah
mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang:-
1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit.
Lakukan 3 kali seminggu.
2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut.
Amalkan meminumnya selama dua minggu.
3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian
yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

Khasiat Kunyit:-
-Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika
makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid:-
-Cara untuk mengatasinya ialah :-
* Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
* Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari

Mengubati Senggugut:-
1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang
semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan
dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama
tiga hari.
3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa
sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi
esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali
sehari dalam masa tiga hari.
5.MInum air rebusan 1 inci halia setiap pagi.
Luka Bersalin:-
-Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini
untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam
dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau
sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga
mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap
hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga
boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan:-
-Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air
berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan
setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.

Penawar Batu Karang:-
-Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira
satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Melegakan Cirit Birit:-
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o
pekat kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan
dengan kain
3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi
anda mengalami cirit-birit.

Sukar Buang Air Besar:-
-Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda
Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Bayi Sukar Buang Air Besar:-
-Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan
ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari.

Mengubat Kaki Terseliuh:-
-Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit.
Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

Kaki Bersisik
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik,
petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian
kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki
1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati.
Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur,
letakkan kaki di atas bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam.
Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki
selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada
tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.
Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan.
Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari
sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi
setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil
*Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas.
Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.
Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa
dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki
*Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam.
Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki.
Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit.
Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki
*Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam.
Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
*Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin
sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Cengkam Kuku Yang Bernanah:-
-Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih
kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke
bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar
dan akan kembali seperti sediakala.

Hilangkan daki di badan
1. Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit
hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan
terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan,
kulit akan menjadi cerah.
2. Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk
dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur,
sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.

Alat Solek Tidak Sesuai:-
* Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
* Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan
dari pakar kecantikan.

Hilangkan Parut Demam Campak:-
1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
* Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
* Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa
gatal pada bekas demam campak.
3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama
beberapa hari.

Rawatan Anak Demam Panas:-
-Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan
sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Demam Panas:-
-Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali
kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas:-
-Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga
bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Menambahkan Darah:-
-Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian
campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam
kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut.
Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya
sehingga sakit perut hilang.
2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

Mengurangkan Tekanan:-
-Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda.
Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Bengkak Akibat Terjatuh:-
-Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak.
Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Anak-anak Demam Berlarutan:-
-Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala
terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Kurangkan Panas Badan Anak:-
-Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak:-
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala
sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.

Elak Keracunan Udang atau Ketam:-
-Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima
minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mententeramkan Jiwa:-
-Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali
sehari pada waktu malam atau pagi.

Hilangkan Rasa Pijar:-
1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar
pasti hilang.
2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat
seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar
uncang teh itu terasa sejuk.

Jadam Legakan Bengkak:-
-Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis.
Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan
daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.

Tersusuk Duri:-
1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya
sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus.
Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

Ruam:-
-Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini,
gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain
jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam
panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak.
Sapukan pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi
ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.

Penawar Bisul:-
1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu,
Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan
balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul.
Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk
hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada
permukaan bisul.

Ketuat:-
1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam
beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi:-
1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah
ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum
setiap hari.
3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

Mabuk Kenderaan:-
1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum
memulakan perjalanan.
2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa
dalam perjalanan.

Mandul:-
-Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas
seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan:-
1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula,
makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap    hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Merawat Lebam Akibat Tercedera:-
1.Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang
tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang
bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
2.Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering
beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih,
juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air.
Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

Melegakan Sakit Akibat Terkepit:-
-Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa
kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Mencegah Penyakit Buasir:-
-Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke
atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik
kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap
hari. Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun:-
-Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari
doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang:-
-Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut
terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung:-
-Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus:-
-Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan
memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah Rahim:-
-Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi
(750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk:-
-Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit,
campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di
bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan
gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas:-
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan
melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas.
Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila
terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Menyegarkan Badan:-
-Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah
diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :
* Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
* Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi
atau kasturi.
* Lalu digosokkan di dinding kemaluan.

Merawat Luka:-
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka
tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit
garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih
sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan
tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa
kali sehingga kesan luka hilang.
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit
minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

Sakit Kuning:-
-Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air
rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning:-
-Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun
sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Kanak -kanak Sesak Nafas:-
-Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang
mengalami sesak nafas.

Sesak Nafas:-
-Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji
bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi
sebelum sarapan.

Berkudis:-
-Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian
tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

Senang Bersalin:-
-Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu
sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Selesema:-
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum.
Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau.
Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan
ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air
halia seminggu sekali

Bayi Selesema:-
-Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan
rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.

Bengkak Kaki Waktu Hamil:-
-Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air
ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

Resdung:-
-Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke
dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Suami Ketagih Rokok:-
-Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal
untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.

Menghapuskan Bulu Roma:-
-Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang
ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

Gastrik:-
1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu
lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa
perbezaannya.
2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan
kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari
dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar.
Kemudian minumnya dua kali sehari.

Batu Karang:-
-Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air
dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

Bengkak-bengkak di Badan:-
-Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan
biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa
5 minit, ia akan sembuh.

Mengubati Kecacingan:-
-Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air
panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

Cacing Kerawit:-
-Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

Kurang Darah Akibat Kemalangan:-
-Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah.
Rebus dengan tiga gelas air.

Telinga Dimasuki Serangga:-
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya
sehingga serangga keluar.
2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.

Tercekik Tulang:-
-Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya
di hospital.

Menggemukkan Binatang Peliharaan:-
-Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan
untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.

Melawas Kencing:-
1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.

Mengubati Gelgata:-
1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.

Segarkan Saraf:-
-Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi
satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Lelah:-
1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya.
Minum seminggu sekali.
2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis
airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Sakit Disengat Lebah:-
-Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak
sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Berkhatan Cepat Sembuh:-
-Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih.
Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Kejang Perut:-
-Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu
dua kali.

Penawar Kencing Manis:-
1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian
akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira
secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

Petua Mengelakkan Barah:-
1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi
antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi
daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan
melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan
meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang
pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara,
prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara,
bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

PETUA TAMBAHAN:-
PAKAiAN:-
..........

1)Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian:-
-Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti
biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

2)Pakaian Terkena Dakwat:-
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian
yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit.
Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah
dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian
sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

3)Pakaian Terkena Karat:-
-Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan
air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

4)Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian:-
-Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci
seperti biasa.

5)Pakaian Terkena Cat:-
-Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh
dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas:-
-Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit
serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

6)Memutihkan Kain:-
-Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.
Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

7)Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian:-
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan
supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan
air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas
seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah
seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

7.1)Mengeringkan Kasut Sekolah:-
-Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga
padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

8)Menghilangkan Darah Pada Pakaian:-
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu
seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

9)Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian:-
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang
terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau
nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan
air sabun seperti biasa.

10)Menghilangkan Minyak di Kain:-
-Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas
sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

11)Mengekalkan Warna Pakaian:-
-Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka.
Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian cuci seperti biasa.

12)Mengekalkan Warna Kain Batik:-
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit.
Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut
semalaman.

13)Menaikkan Seri Kain Sutera:-
-Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya baru
lah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru
dan berseri.

14)Melancarkan Perjalanan Zip:-
-jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu.
Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin
pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

15)Mengilatkan Kasut Kulit:-
-Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah
pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

16)Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit:-
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan
seperti yang baru.

sabun mandi:
-Kegunaan lain sabun mandi ialah untuk menghilangkan daki pada pakaian seperti stoking,
kolar dan lengan baju. Juga kesan peluh kuning pada ketiak baju. Jika pada stokin,
sebaiknya direndam semalaman dengan sabun mandi, sental dan berus seperti biasa. Pada kolar,
lengan dan ketiak baju, palitkan sahaja dan gosok dengan berus. Selesai menggosok,
cucilah seperti biasa sama ada menggunakan mesin basuh atau cucian tangan.

Mengatasi masalah stokin longgar:
-Menghadapi masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama tentang pakaian
mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus yang masih kecik-kecil lagi tidak
begitu pandai menguruskan diri sendiri tanpa perhatian dari ibu sendiri.
Kerana itu menghadapi masalah stoking longgar memang menjadi masalah utama yang terpaksa
anda hadapi. Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk anda ikuti iaitu dengan
mengikut panduan yang kami berikan.
Caranya mudah iaitu terpulang kepada gaya anda memakainya. Semudah cara ialah dengan
melipatkan stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas buku lali. Lipat-kecil-kecil,
cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga kelihatan cantiknya.

SETERIKA:
Kesan Kotoran Pada Seterika
-Gosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat
digunakan semula dengan licin dan sempurna.
................................................
-TAMAT-

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Ukur Kelajuan Blog Anda

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg: hjhgenius.blogspot.com.)    
 

 
AHLEN © 2008 Por Dekma